Saturday, August 7, 2010
Roti Jala & Kari Daging
ROTI JALA
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
4 biji telur Gred C
1 camca teh garam
1 camca besar mentega
1 1/2 cawan air
sedikit perwarna kuning / serbuk kunyit.
Cara-caranya :
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam Blender dan blend sehingga sebati.
Keluarkan daripada Blender dan masukkan ke dalam mangkuk.
Adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat atau terlalu cair..jika adunan terlalu pekat campurkan sedikit air dan kacau dengan whisk supaya sebati.
Masak roti jala di atas non stick pan dan menggunakan acuan roti jala.
Sapu non stick pan dengan sedikit minyak masak sebelum menjala roti.
Roti jala siap dimasak apabila warna bertukar menjadi kekuningan dan tidak melekat di pan lagi.
Angkat dan terus gulung atau lipat roti jalan tersebut sebelum dihidangkan.
KARI DAGING
400 gm daging batang pinang
2 biji kentang di potong dadu
2 biji tomato dipotong
5 camca besar serbuk kari daging...saya menggunakan serbuk kari jenama adabi
10 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
Kisar bahan-bahan yang bertanda *
1 tangkai daun kari
sedikit air asam jawa...saya menggunakan asam jawa Adabi-seedless tamarind paste
1/2 kotak santan...saya menggunakan santan jenama Harmuni
garam secukup rasa.
Bahan-bahan rempah
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara-cara:
Panaskan minyak masukkan daun kari serta bahan-bahan rempah sehingga naik bau.
Masukkan bahan yang telah di kisar sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air sehingga pecah minyak
Kuantiti rempah kari dan santan boleh suaikan ikut citarasa...kalau ikut resipi ini kuah pekat & pedas tapi kurang lemak.
Masukkan daging kacau sehingga daging bertukar berwarna coklat (daging dah kecut).
Masukkan air dan apabila daging hampir masak masukkan kentang dan asam jawa perasakan dengan garam.
Jika suka boleh juga masukkan daun ketumbar sebelum tutup api.
Hidangkan panas-panas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment