NUFFNANG

Monday, August 16, 2010

Nasi Lemak


Nasi Lemak
Bahan-bahan
2 cawan beras wangi
2 cawan air
1 camca kecil garam
3 camca besar santan pekat
2 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan disiat dan disimpul
1 inci halia tua dihiris kasar-kasar senang nak keluarkan
1 biji bawang besar dihiris
1 batang serai

Cara-cara  :
·      Basuh beras dan toskan
·      Masuk beras ke dalam rice cooker bersama-sama dengan kesemua bahan diatas
·      Masak sepertimana masak nasi putih biasa. Kareh nasi supaya nasi tidak berketul-ketul
·      Siap untuk dihidangkan.

Sambal Tumis Ikan Bilis
10 biji cili kering, direndam dalam air panas
2 genggam ikan bilis dikopek dan dibasuh.
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar dipotong bulat-bulat
2 ulas bawang putih
½ inci belacan
½ camca kecil pes asam jawa
Garam dan gula.
Minyak untuk menumis.

Cara-cara :
·      Ambil segenggam ikan bilis dan goreng hingga garing dan toskan
·      Kisar cili kering,bawang merah, bawang putih, segenggam ikan bilis dan belacan
·      Tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan pecah minyak
·      Masukkan gula,garam,asam jawa dan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
·      Masak sehingga pecah minyak dan bawang besar menjadi layu dan lembut
·      Masukkan ikan bilis yang digoreng dan angkat.

** Untuk mendapatkan ikan bilis garing, ikan bilis hendaklah digoreng segera selepas dibasuh.

Ayam Goreng Berempah

6   ketul ayam (saya guna kepak dan peha sahaja)
3  batang serai-dipotong halus-halus
4 ulas bawang putih
3 inci halia
Serbuk rempah ayam goreng (boleh dibeli dipasar,warna kekuning-kuningan)

Cara-cara:

·      Tumbuk serai,bawang putih dan halia hingga lumat.
·      Perap ayam dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk,serbuk rempah dan garam sekurang-kurangnye 4 jam (saya selalu perap malam sebelum tidur untuk sarapan pagi)
·      Panaskan minyak dan goreng ayam dengan kaedah terendam sehingga garing.
·      Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak.

*** Bahan-bahan lain yang perlu disediakan ikan bilis goreng,kacang tanah goreng, telur goreng atau telur rebus dan timun. 

1 comment:

  1. Ketuk serai untuk dimasak bersama nasi. Untuk lebih wangi ayam goreng berempah tu...masukkan 2-3 helai daun pandan yang disimpul dan digoreng bersama-sama ayam.

    ReplyDelete