Sunday, August 29, 2010
Biskut Mazola
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak mazola
1 biji kuning telur
1 camca kecil vanilla
2/3 cawan gula halus/caster sugar
2 cawan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar...saya pakai yang ready made beli di kedai buat biskut !
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata sehingga menjadi doh
Canai dan terap ikut citarasa masing-masing atau buat bulat-bulat
Sapukan kuning telur di atas biskut dan kalau suka boleh hias dengan separuh kacang yang digoreng tanpa minyak dan buang kulit.
Bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit bergantung kepada oven masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment