NUFFNANG

Friday, August 6, 2010

Ayam Kunyit

Bahan-Bahan :

Daging ayam yang dihiris memanjang (saya guna dada ayam sahaja)
Serbuk kunyit
Garam
Bawang besar yang dihiris bulat-bulat
Cili Merah & Cili Hijau yang dihiris

Cara-cara:

Cuci daging ayam, selepas dicuci toskan airnya.
Perap daging ayam dengan serbuk kunyit dan garam ikut citarasa sekejap.
Goreng daging ayam yang telah diperap sehingga hampir garing.
Sebelum  daging ayam tersebut garing masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili hijau.
Goreng sehingga daging ayam garing dan bawang, cili merah & cili hijau layu.
Angkat dan hidangkan segera.
Sedap dimakan bersama nasi putih.

No comments:

Post a Comment