NUFFNANG

Showing posts with label Soup. Show all posts
Showing posts with label Soup. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

SUP TULANG RAWAN BEREMPAH ( SINGAPORE )



BAHAN – BAHAN :


200 gm tulang rawan

250 ml santan

Minyak masak.

1 tbsp tepung jagung + air

BAHAN REMPAH ‘A’ :

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inch halia

4 biji cili padi

1 tbsp serbuk kari daging

1 tsp serbuk jintan manis

1 tbsp serbuk ketumbar

1 tsp serbuk jintan putih

1 biji buah keras

1 tsp belacan

BAHAN REMPAH ‘B’

1 tangkai daun kari

1 tbsp bunga kantan ( cincang )

6 biji buah pelaga

2 biji bunga lawang

6 biji bunga cengkih

1batang kulit kayu manis

Garam

Lada sulah


CARA – CARA :

 Bersihkan tulang rawan.

 Kisar bahan (A) iaitu bawang besar, bawang putih, halia, cili padi, serbuk kari daging, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, buah keras, belacan dan air.

 Satukan kesemua bahan (B) iaitu daun kari, bunga kantan, empat sekawan.

 Panaskan minya dn tumis bahan (B). sehingga naik bau.

 Masukkan bahan (A) yang telah dikisar tadi.masak hingga garing.

 Masukkan tulang rawan, masak sehingga daging kecut sedikit. Jika air kuarang tambah air.

 Masukkan air. Biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk.

 Masukkan santan cair. Kacau sebati dan masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.

 Masukkan garam dan lada sulah.

Monday, August 9, 2010

Seafood Chowder Soup





BAHAN – BAHAN :

200 gm udang
2 ekor sotong
1 liter stok ikan
• Veloute sauce (stock + roux)
1 tsp bawang putih (dicincang)
½ cawan whipping cream
Garam
Lada sulah
150 gm white mirepoix (onion,celery.leek)



ROUX
- 150 gm tepung gandum
- 150 gm mentega


CARA-CARA :

- Panaskan minyak di dalam pot, masukkan bawang putih dan white mirepoix,udang yang telah dicincang,   masakkan hingga sebati.

- Masukkan stok ikan.

- Masak roux,panaskan mentega dan masukkan tepung gandum sehingga kental.

- Masukkan roux kedalam sup tadi,kacau dengan menggunakan whisk sehingga sup pekat dan tidak berketul – ketul.

- Masukkan whipping cream,udang dan sotong. Perasakan sup.

Creamy chicken soup


BAHAN – BAHAN:

2 cawan Air

1 ½ tbsp Serbuk stok ayam segera

2 cawan Cooking cream ( whipping cream )

1 cawan Susu segar

2/3 tbsp Tepung gandum

1 ketul Dada ayam ( direbus )

Secubit Garam

Secubit Lada sulah

CARA – CARA.

- Bancuh serbuk stok ayam bersama air sehingga larut.

- Masukkan kedalam pot, masukkan bersama susu segar,dan whipping cream.

- Masakkan bahan – bahan sehingga sebati.

- Pastikan api sederhana semasa memasak sup ini.

- Apabila bahan – bahan sebati, tuang sedikit cecair yang dimasak tadi kedalam mangkuk yang berisi tepung.

- Pukul bahan tersebut sehingga sebati dan tidak berketul.

- Masukkan kembali kedalam periuk dan masak sehingga pekat. dan perasakan sup dengan hirisan dada ayam, garam dan lada sulah.

- Hidangkan sup di dalam mangkuk sup.