NUFFNANG

Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Durian...Durian...Durian !!!!

Made these for brekkie today ! These dishes reminded me of my late grandma she used to make these for me As for measurement of the ingredients........you have to adjust according to your own taste :))))) 

CUCUR DURIAN @ DURIAN FRITTER


INGREDIENTS:
Multi-purpose flour........I used self-raising flour
Durian flesh.....seeded and mashed
Sugar
a pinch of salt

METHOD:

In a bowl mix all the ingredients.........until well combined. If necessary add a little bit of water.
Heat up oil in a wok.
Take a tablespoon of batter and spoon it into the oil.
Fry until it turns slightly brown.


SERAWA DURIAN


INGREDIENTS:-
Durian
Sugar......you also can use Gula Melaka/ brown sugar....I used white sugar only
 Salt
Coconut milk
Pandan Leaf..............I did not put this, just don't like the conflicting smell :(

METHOD:-

Put everything in a pot and cook on a low heat. Stir occasionally.
The gravy is ready when it's thicken and coconut milk is cooked.
Serve with roti jala or bread.






Sunday, April 10, 2011

Karipap @ Epok-epok



Karipap...orang Johor panggil epok-epok. Masa mula-mula duduk kat Johor konfius jugak karipap...epok-epok, Roti canai....parata, fucuk...tahu kering wakakakaaaaa...ade citer lawak pasal tahu kering ni. Apa-apa pun lah asalkan bendanya ade tak kesahlah kan :). Dah 2 minggu berturut-turut buat karipap minggu lepas buat karipap sardine....inti ada lebih tu yang buat lagi minggu ni. Tapi minggu ni buat lagi satu jenis karipap kari ayam kentang. Dah 2 minggu berturut-turut jugak lah pergi Gunung Lambak Eco Resort. Minggu lepas gi bawak budak-budak ni mandi minggu ni ayah diaorang pergi menebas, kesian pulak budak-budak tu so ajak gi jogging @ morning walk kat situ. Breakfast karipap sebelum pergi...ayahnya tak  sempat nak breakfast tak per bola golf banyak kalau lapar boleh telah sebiji dua wahhhhh kejam sungguh bini sorang nikan ????

Resipi.

Kulit Karipap

1.   3     cawan tepung gandum
2.   1/2  cawan minyak masak
3.   1     camca besar mentega
4.   sedikit air
Cara-cara :-

Panaskan minyak dan mentega....sederhana panas sahaja
Masukkan dalam tepung gandum kacau dengan menggunakan garfu sehingga aduanan menjadi seperti crumbs
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung boleh diuli.
Canaikan adunan dan leperkan.
Terapkan adunan dengan menggunakan acuan yang bulat...saya guna muncung gelas yang agak besar sedikit.
Sudukan inti dan kelim karipap.
Goreng dengan cara terendam dalam minyak yang sederhana panas.
Mengikut seorang sahabat saya kalau minyak terlalu panas..akan menyebakan kulit karipap menggerutu dan tak cantik.



 
Inti Karipap

Inti Sardine

Bahan-bahan :-
1. 1 tin sardine yang besar
2. 1 labu bawang besar
3. 1 biji kentang sederhana besar didadu
4.  sedikit cili kisar....ikut citarasa masing-masing kalau suka boleh letak lebih
5. sedikit air asam jawa
6. sedikit garam
7. sedikit daun sup di potong dikecil-kecil....optional
minyak masak untuk menumis

Cara-cara :-

Tumiskan minyak...masuk bawang besar yang didadu. Masak hingga layu
Masukkan cili kisar dan dimasak hingga garing. 
Kemudian masukkan kentang dan digoreng seketika
Masukkan Sardine bersama-sama dengan sosnya dan dihancurkan.
Masukkan air, asam jawa dan garam....masak sehingga kentang empuk dan pekat serta kering.
Akhir sekali masukkan hirisan daun sup.
Sejukkan sebelum dimasukkan kedalam adunan kulit karipap.

Inti Kari Ayam Kentang
Bahan-bahan :-

1    mangkuk sederhana besar isi ayam...didadu
1    biji kentang yang sederhana besar...di dadu
1    labu bawang besar...dikisar
2    ulas bawang putih...dikisar
1/2 inci halia...dikisar
3-4 camca besar serbuk kari...........bergantung kepada citarasa masing-masing kalau suka pedas boleh letak lebih....bancuh dengan sedikit air
sedikit daun kari
garam
minyak untuk menumis

Cara-cara :-

Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan daun kari dan serbuk kari...masak sehingga pecah minyak
Masukkan daging ayam dan kentang dan sedikit air.
Masak sehingga daging ayam masak dan kentang empuk
Masukkan garam dan masak lagi sehingga inti menjadi kering.
sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam inti karipap.

So ade beberapa picture ambik masa pergi tadi....


Naik Jambatan gantung...bertuah budak2 ni tak takut sikit pun....maknye je yang gayat!!!


Dah penat jogging @ morning walk, naik jambatan, main2 kat playground...kite minum dulu sambil tengok turtle and fishes......




Angsa pun ade.......:)))))

Oklah...bye..bye Gunung Lambak....macam jauh jer bunyi nye kan padahal 2-3 minit jer dari rumah. Hari-hari lalu tapi jarang dapat singgah..oklah next time kite pergi lagi okey.




Saturday, January 29, 2011

Kuih Kasui


Kuih Kasui.....resipi turun temurun tapi bukan turun temurun daripada keluarga saya....heheheee. Ini sebenarnya resipi daripada kawan saya Aspalela (glamour kan nama dia :)) resipi daripada bonda beliau. Resipi dan sukatannya pun senang....saya memang suka kalau dapat resipi daripada orang tua sebab biasanya bahan-bahannya senang nak dapat sukatan pun pakai cawan jerrr :)

Bahan-bahan :-
  • 2    cawan tepung gandum
  • 4    camca besar tepung ubi/sagu
  • 1/2 camca kecil garam
  • 1    camca besar air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir *
  • 1    cawan gula melaka/merah *
Masak bahan-bahan yang bertanda * dengan 4 cawan air dan dibiarkan sejuk
  •  Kelapa parut bahagian putih sahaja
  • sedikit garam

Cara-cara :-

Campurkan tepung gandum, tepung ubi/sagu, dan garam
Masukkan sedikit demi sedikit campuran air gula dan kacau supaya tidak berketul-ketul (sekiranya masih berketul tapis campuran tepung dan air gual tersebut
Masukkan dalam loyang dan kukus sehingga masak....cucuk dengan lidi kalau lidi tu keluar bersih bermakna kuih kasui sudah masak. Balut tutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang.
Biar betul-betul sejuk barulah dipotong.

Kukus kelapa parut dan sedikit garam kemudian gaulkan dengan kuih kasui yang telah dipotong.

Sunday, January 23, 2011

Kuih Bom


Soalan yang sudah lama berlegar di fikiranku akhirnya terjawab jua......kenapa kuih ni nama kuih bom? Haha..haaa...sebab masa menggoreng kuih ni akan merekah dan meletup hahahaaa....tak tahu lah mungkin tak pandai lagi buat kuih ni first time buat...rasa ok sedap...tapi tu lahhh masa menggoreng dah guna kaedah menggoreng terendam dan tak terlalu panas pun meletup jugak kuih ni...sebab takut kuih ni terus meletup dan mengeluarkan lava @ inti kelapa so goreng tak berapa garing sangat...ape-ape pun masa entry post ni kuih ni dah selamat di dalam perut penghuni rumah ni heheheee :)

Resipi daripada My resipi

Bahan-bahan ( 10-11 biji )

  • 50-60gm bijan
  • Minyak utk mengoreng
  • Bahan-bahan doh:
  • 200-240gm tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 190-200ml air
  • Sedikit garam 
  • Bahan-bahan inti kelapa:
  • 60g gula melaka/gula merah
  • 20g gula pasir
  • 50ml air
  • 1/2 biji kelapa parut 


 Cara-cara:

       Untuk inti kelapa

  1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
  2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
  3. Kacau dia atas api yang sederhana sehingga agak kering
    Untuk membuat doh
  1. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
  2. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
  3. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkansedikit
  4. Bubuh inti ditengah dan tangkupkan semula
  5. Golek bebola dengan bijan supaya melekat
  6. Goreng kuih bom dengan kaedah menggoreng secara terendam dan goreng hingga kekuningan
*** Petua untuk kuih bom tidak meletup dan tidak merekah

1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.
2. Minyak jgn terlalu panas.
3. Jgn menggoreng terlalu lama.
4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.

Saturday, January 22, 2011

Kuih Dadar @ Ketayap


I made this kuih on the Thaipusam Day...my second attempt actually...Love the result...or should I say Loveeeeeeee eating it or should I say...I'm loving it (familiar?..ehmmmmmm). Here is the recipe....Happy trying :)

Recipe is taken from Hana so I just cut & paste the recipe from there....Thank you Hana :)

Bahan-bahan
  • *1 biji telur
  • *2 cawan tepung gandum
  • *1/2 sudu teh garam
  • *2 cawan air
  • *1 sudu besar air pandan
  • *sedikit pewarna hijau
  • minyak untuk mendadar
Cara-cara
  • Blend semua bahan yg bertanda *.
  • Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
  • Angkat.Masukkan inti dan gulung.
  • Siap dihidang.


Untuk Inti Kelapa .....my own recipe :)

  • 1   biji kelapa parut
  • 1   cawan gula merah *
  • 1/2 cawan air *
  • 1   camca teh garam *
  • 2   helai daun pandan *
Cara-cara:-

  • Satukan kesemua bahan-bahan yang bertanda * dalam periuk dan masak sehingga gula larut dan tapis.
  • Campurkan dengan kelapa parut
  • Masak sehingga campuran kelapa parut dan gula agak kering
  • Sejukkan sebelum di gulung.

Monday, December 27, 2010

Vadai


One of my favourite kuih ni...sedap dimakan panas-panas waktu hujan...wahhhhhh dengan nescafe syiokkkk!!!!!!

Bahan-bahan :-
(sukatan agak-agak je ye....)

Kacang Dhal (biasa saya beli di kedai India...ada berjenis2 dhal so tanya penjual tu yang mana satu Dhal untuk buat Vadai)......saya pakai dalam 2 cawan dhal direndam semalam @ 6-8 jam
1    labu bawang besar..... dihiris nipis-nipis/didadu
1    tangkai daun kari....dihiris
5    biji cili kering.....di hiris (boleh diganti dengan cili hijau)
1/2 camca teh serbuk jintan manis
garam
minyak untuk menggoreng



Cara-cara :-

  • Toskan kacang dhal yang telah direndam.
  • Tumbuk kacang dhal @ kisar kasar-kasar
  • Campurkan dengan kesemua bahan-bahan kecuali minyak
  • Basahkan tangan dan ambik adunan buat bulat-bulat *** sekiranya adunan tidak boleh disatukan tambah sebiji telur kedalam adunan.
  • Goreng hingga garing
  • Hidangkan panas-panas.

Thursday, August 19, 2010

Pau Sambal

First time I ate this Pau at Kluang Rail Coffee, Kluang and instantly fell in love with this Pau Sambal. Alternatively you also can eat this bun with other filing such as tuna or sardine. As for me...the best is Sambal Ikan Bilis.

Ingredients

1 pack of frozen mantou sandwich....you can get this from local store ..Frozen Section.
Sambal ikan bilis...recipe click here
sliced cucumber

Directions

Steam the buns as per direction on the package.
Put a spoonful of sambal ikan bilis in between the bun and a slice of a cucumber...then ENJOY with your favourite cuppa.................

Sunday, August 15, 2010

Apam Mekar


Recipe from Hana. Hana nye apam mekar cantik je.....apam yang saya buat malu-malu je nak mekar hehehehe...resipi sebijik-bijik ikut Hananye :)


Bahan-bahan
  • 150g tepung gandum
  • 125g gula - hana kurangkan 100g jer
  • 1 biji telur
  • 1/2 sk ovellete
  • 100ml susu segar
  • esen vanila
  • Pewarna - ikut suka
  • Paper cup secukupnyer
Cara-cara
  • Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  • Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  • Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  • Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  • Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  • Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Wednesday, August 11, 2010

Cara Berlauk


Resipi daripada dapur Mat Gebu

BAHAN INTI :-)
200 g daging cincang
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah kecil*(*ditumbuk lumat)
1 camca besar rempah kari daging
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk cili
1 - 2 camca teh kicap cair
1 cawan air
Sedikit gula

BAHAN KUIH :-)
150 g tepung gandum
2 biji telur gred A
125 ml santan pekat (boleh ganti dengan susu cair)
200 ml air
Secubit garam
Beberapa titik pewarna kuning/serbuk kunyit
1/4 cawan minyak sayur (nak tambah kolestrol, boleh guna mentega cair!!)

BAHAN TABUR :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram, serbuk cili dan rempah kari, kacau rata dan tambah sedikit air. Tambah daging dan kacau rata.Tuang lebihan air dan masak hingga kering, tambah sedikit gula dan1 camca teh kicap cair, kacau rata dan rasa jika perlu tambah lagi kicap cair. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK ADUNAN KUIH :- Satukan semua bahan2 untuk kuih, kacau dengan whisk hingga semua rata dan sebati. Tapis adunan dan ketepikan sebentar.
  3. UNTUK KUIH CARA :- Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur, gunakan api kecil, lenser acuan dengan sedikit minyak masak. Bila panas, tuang bancuhan 3/4 penuh, masukkan 1/3 camca teh inti (ikut saiz kuih, kalau saiz besar letak lebih) dan tabur cili, hirsian daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Tutup acuan dan biar masak 4 - 5 minit hingga permukaan kuih menjadi pucat dan bahagian bawahnya perang keemasan. Angkat kuih dan ulangi hingga habis. Hias ikut suka sebelum dihidangkan...
*** nak bakar dalam oven pun boleh tak payah tutup bahagian atas acuan.

Sunday, August 8, 2010

Karipap Daging


Bahan-bahan Pastri
500  gm tepung
1/2   cawan minyak *
1      camca besar mentega/marjerin *
panaskan bahan-bahan yang bertanda * (suam-suam je)
1      camca teh garam halus

Cara-cara
Campurkan tepung dan garam tuang bahan-bahan yang telah dipanaskan kacau adunan menggunakan garfu (kerana panas).
Apabila adunan sudah sebati campurkan air sedikit demi sedikit dan uli sehinnga adunan menjadi doh dan senang untuk diuli
Canaikan doh dan terap bulat-bulat (guna mulut cawan pun boleh)
Sudukan inti karipap resipi untuk inti  click disini...Inti Karipap dan kelim karipap....
goreng terendam dalam minyak yang sederhana panas..hingga kekuningan.

Saturday, August 7, 2010

Donut Suria



DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net & Hana

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan (saya perap dulu bila dah naik dua kali ganda baru terap)
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit (bergantung pada suhu sekeliling)
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut dengan gula aising/gula caster atau pun dicelup dengan coklat .

Roti Jala & Kari Daging




ROTI JALA

Bahan-bahan :
3   cawan tepung gandum
4   biji telur Gred C
1   camca teh garam
1   camca besar mentega
1  1/2 cawan air
sedikit perwarna kuning / serbuk kunyit.

Cara-caranya :
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam Blender dan blend sehingga sebati.
Keluarkan daripada Blender dan masukkan ke dalam mangkuk.
Adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat atau terlalu cair..jika adunan terlalu pekat campurkan sedikit air dan kacau dengan whisk supaya sebati.
Masak roti jala di atas non stick pan dan menggunakan acuan roti jala.
Sapu non stick pan dengan sedikit minyak masak sebelum menjala roti.
Roti jala siap dimasak apabila warna bertukar menjadi kekuningan dan tidak melekat di pan lagi.
Angkat dan terus gulung atau lipat roti jalan tersebut sebelum dihidangkan.

KARI DAGING

400 gm   daging batang pinang
2             biji kentang di potong dadu
2             biji tomato dipotong
5             camca besar serbuk kari daging...saya menggunakan serbuk kari jenama adabi
10           ulas bawang merah *
5             ulas bawang putih   *
1             inci halia *
Kisar bahan-bahan yang bertanda *
1             tangkai daun kari
sedikit air asam jawa...saya menggunakan asam jawa Adabi-seedless tamarind paste
1/2 kotak santan...saya menggunakan santan jenama Harmuni
garam secukup rasa.

Bahan-bahan rempah
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara-cara:
Panaskan minyak masukkan daun kari serta bahan-bahan rempah sehingga naik bau.
Masukkan bahan yang telah di kisar sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air sehingga pecah minyak
Kuantiti rempah kari dan santan boleh suaikan ikut citarasa...kalau ikut resipi ini kuah pekat & pedas  tapi kurang lemak.
Masukkan daging kacau sehingga daging bertukar berwarna coklat (daging dah kecut).
Masukkan air dan apabila daging hampir masak masukkan kentang dan asam jawa perasakan dengan garam.
Jika suka boleh juga masukkan daun ketumbar sebelum tutup api.

Hidangkan panas-panas.

Friday, August 6, 2010

Kuih Lapis Kacang Merah


Recipe from yatie memories
Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 1/2 cawan santan
1 s/k garam

Bancuh semua bahan ini dan tapiskan...
Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk... {mangkuk [1] dan [2]


Bahan B
1/2 cawan kacang merah rebus(yg dah rebus dan lecek sikit)
Pewarna merah
1/4 cawan air

Masukkan Bahan B dalam mangkuk [1]
Gaulkan rata dan ketepikan


Bahan C
1/4 cawan air
1 sudu besar tepung jagung

Masukkan Bahan C dalam mangkuk [2]
Gaulkan rata dan ketepikan

Cara memasak

  1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8 inci x 8 inci .
  2. Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.
  3. Masukkan pula 1 cawan lapisan asal [warna asal] dan kukuskan 5 minit.
  4. Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering supaya air tidak menitik.(atau balut dngn kain penutup kukus)
  5. Untuk lapisan akhir sekali, kukus selama 15 minit.
  6. Bila telah masak sejukkan betul2 dan potongkan dengan pisau plastik supaya kelihatan cantik.

Talam Keladi


Resipi ni I dapat daripada Mat Gebu

BAHAN A :-)
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 g keladi, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit
55 g gula halus
1/4 camca teh garam

BAHAN B :-)
100 ml santan
80 g gula halus ( boleh kurangkan jadi 60g atau 70g)
2 camca besar tepung beras
20 g tepung jagung
1 biji telur, pukul sedikit
Secubit garam
Sedikit pewarna ungu (violet)
1/2 camca teh perisa keladi (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak balut tutup kukusan dengan kitchen towel.
2. Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
3. Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.
4. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.


*** quantity of sugar tu mmg kena reduce.

Karipap Pusing


This recipe is taken Mat Gebu

BAHAN INTI :-)
300 g kentang, kupas, cuci dan dadu kecil dan rendam
1 tin ikan tuna, toskan {I use minced beef}
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk lumat)
1 camca besar sos tiram
5 - 6 helai daun kari, hiris halus
2 camca besar rempah kari
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit gula
Kicap cair secukupnya
1 cawan air

*** optional tambah hirisan daun sup

BAHAN PASTRY :-)
A...
260 g tepung gandum
50 g margarine
20 g gula halus
1/4 camca teh garam
140 ml air (kurang lebih)

B...
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening)



CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk, daun kari dan bawang besar hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air, tambah rempah kari, gaul rata dan tumis hingga garing. Masukkan tuna dan kentang. Tuang air dan biar hingga kentang empuk. Tambah sedikit gula, lada hitam dan kicap cair secukup rasa. Masak hingga kering. Alihkan dalam bekas lain dan biarkan sejuk..
2. UNTUK PASTRY :- Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).
3. Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.
4. Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan seperti gambar rajah. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
5. Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.
6. Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak seentak, mat goreng 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh dihidangkan....