NUFFNANG

Monday, December 27, 2010

Vadai


One of my favourite kuih ni...sedap dimakan panas-panas waktu hujan...wahhhhhh dengan nescafe syiokkkk!!!!!!

Bahan-bahan :-
(sukatan agak-agak je ye....)

Kacang Dhal (biasa saya beli di kedai India...ada berjenis2 dhal so tanya penjual tu yang mana satu Dhal untuk buat Vadai)......saya pakai dalam 2 cawan dhal direndam semalam @ 6-8 jam
1    labu bawang besar..... dihiris nipis-nipis/didadu
1    tangkai daun kari....dihiris
5    biji cili kering.....di hiris (boleh diganti dengan cili hijau)
1/2 camca teh serbuk jintan manis
garam
minyak untuk menggoreng



Cara-cara :-

  • Toskan kacang dhal yang telah direndam.
  • Tumbuk kacang dhal @ kisar kasar-kasar
  • Campurkan dengan kesemua bahan-bahan kecuali minyak
  • Basahkan tangan dan ambik adunan buat bulat-bulat *** sekiranya adunan tidak boleh disatukan tambah sebiji telur kedalam adunan.
  • Goreng hingga garing
  • Hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment