NUFFNANG

Saturday, November 13, 2010

Daging Prune

Resipi Daging Prune ni dapat daripada Kak Ummi

Saya buat daging prune ni makan bersama Nasi Mandhi


Bahan A:-
  • 600 gm daging (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 4 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
Bahan B (dihiris):-
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
Cara Memasak:-
  1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.

No comments:

Post a Comment