Recipe from yatie memories
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
3/4 cawan gula
3 1/2 cawan santan
1 s/k garam
Bancuh semua bahan ini dan tapiskan...
Bahagikan sama banyak dan masukkan dalam 2 mangkuk... {mangkuk [1] dan [2]
Bahan B
1/2 cawan kacang merah rebus(yg dah rebus dan lecek sikit)
Pewarna merah
1/4 cawan air
Masukkan Bahan B dalam mangkuk [1]
Gaulkan rata dan ketepikan
Bahan C
1/4 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
Masukkan Bahan C dalam mangkuk [2]
Gaulkan rata dan ketepikan
Cara memasak
- Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang saiz bulat 8 inci atau 8 inci x 8 inci .
- Masukkan 1 cawan lapisan merah dan kukuskan selama 5 minit.
- Masukkan pula 1 cawan lapisan asal [warna asal] dan kukuskan 5 minit.
- Buat sehingga lapisan habis dan setiap kali nak tutup semula tudung kukusan hendaklah dilapkan kering supaya air tidak menitik.(atau balut dngn kain penutup kukus)
- Untuk lapisan akhir sekali, kukus selama 15 minit.
- Bila telah masak sejukkan betul2 dan potongkan dengan pisau plastik supaya kelihatan cantik.
No comments:
Post a Comment