Wednesday, August 18, 2010
Mee Segera Goreng
Simple, quick & delicious.
Bahan-bahan
4 keping mee segera (tidak perlu rebus atau celur)
4 tangkai cili kering ...direndam dalam air panas hingga lembut dan toskan *
4 ulas bawang putih *
1 ulas bawang besar *
Kisar bahan-bahan bertanda *
2 camca besar sos tiram
4 camca besar kicap pekat
1 kiub ayam..saya pakai maggi
Udang, fishballs, fishcakes....ikut suka nak letak banyak atau sedikit ikut citarasa masing-masing
Sawi 1 pokok...dibersihkan asingkan daun dan batang
1 cawan taugeh
1/2 batang lobak merah @ carrot...potong panjang-panjang
1 biji telur
2 cawan air (lebih kurang)
garam
minyak untuk menumis
Cara-cara
Tumis bahan-bahan kisar sampai garing
Masukkan udang, fishballs, fishcakes goreng sekejap
Masukkan sos tiram, kiub ayam dan masukkan air masak hingga mendidih
Bila sudah mendidih masukkan kicap dan rasakan kemasinannye sekiranya kurang masin tambahkan sedikit garam (rasanya mesti agak masin sedikit sebab bila dicampurkan dengan mee segera rasa masin tersebut akan kurang), lobak merah dan batang sawi serta mee segera
Masak sehingga mee segera jadi lembut..sekiranya kuantiti air tidak mencukupi tambah sedikit air lagi
Masukkan daun sawi serta taugeh dan pecahkan telur kacau hingga sebati dan masak.
Angkat dan hias dengan timun, bawang goreng dan timun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment