Soalan yang sudah lama berlegar di fikiranku akhirnya terjawab jua......kenapa kuih ni nama kuih bom? Haha..haaa...sebab masa menggoreng kuih ni akan merekah dan meletup hahahaaa....tak tahu lah mungkin tak pandai lagi buat kuih ni first time buat...rasa ok sedap...tapi tu lahhh masa menggoreng dah guna kaedah menggoreng terendam dan tak terlalu panas pun meletup jugak kuih ni...sebab takut kuih ni terus meletup dan mengeluarkan lava @ inti kelapa so goreng tak berapa garing sangat...ape-ape pun masa entry post ni kuih ni dah selamat di dalam perut penghuni rumah ni heheheee :)
Resipi daripada My resipi
Bahan-bahan ( 10-11 biji )
- 50-60gm bijan
- Minyak utk mengoreng
- Bahan-bahan doh:
- 200-240gm tepung pulut
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu teh air kapur
- 190-200ml air
- Sedikit garam
- Bahan-bahan inti kelapa:
- 60g gula melaka/gula merah
- 20g gula pasir
- 50ml air
- 1/2 biji kelapa parut
Cara-cara:
Untuk inti kelapa
- Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
- Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
- Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
- Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
- Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkansedikit
- Bubuh inti ditengah dan tangkupkan semula
- Golek bebola dengan bijan supaya melekat
- Goreng kuih bom dengan kaedah menggoreng secara terendam dan goreng hingga kekuningan
1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.
2. Minyak jgn terlalu panas.
3. Jgn menggoreng terlalu lama.
4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.
No comments:
Post a Comment