NUFFNANG

Tuesday, August 24, 2010

Puding Laici Dangdut


Puding Laici Dangdut? dangdut sebab puding ni goyang-goyang ala-ala dangdut gitu haahahaa...puding ni lembut sangat hehehehe :)


Resepi diambil daripada Kak Ummi

Bahan:-
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula...saya letak 1 1/2 cawan gula sahaja..itu pun dah cukup manisssss!!!
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara:-

  1. Masak agar-agar hingga mendidih.

  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)

  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.

  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.

  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.

  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.


No comments:

Post a Comment