NUFFNANG

Friday, August 6, 2010

Basic Chicken Chop.

CHICKEN CHOP
Bahan – bahan :
  • 1 ketul isi ayam
  •  5 gm garam
  • 5 gm lada sulah
  • 1 biji telur ayam ( dipukul )
  • 100 gm tepung gandum
  • 100 gm serbuk roti
  • Cara penyediaan :
  • - Ambil dada ayam ( chicken breast ) dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
  • - Selepas itu lakukan kaedah SBP (kaedah SBP seperti didalam gambar di bawah) pada chicken breast  tersebut.
  • - Panaskan minyak di dalam periuk ( pot ). Pastikan minyak betul – betul panas sebelum menggoreng.
  • - Goreng chicken chop sehingga kuning keperangan, angkat dan toskan. Hidangkan.

KAEDAH SBP
Image daripada Googles
 Langkah 1
Salut dada ayam dgn tepung gandum
Langkah 2
Salut dada ayam dgn telur
Langka3
Salut dada ayam dgn serbuk roti
MASHED POTATO
Bahan – bahan:
  • 2 biji kentang
  • 2 gm garam
  • 2 gm lada sulah
  • 100 gm mentega
  • 50 – 80 ml susu segar
  • Cara penyediaan :
  • - Rebus kentang sehingga empuk.
  • - Lenyek kentang di dalam mangkuk dan masukkan garam, lada sulah,mentega dan susu segar.
  • - Sebatikan semua bahan – bahan tadi sehingga sebati.
  • - Hidangkan.

RESEPI
BBQ SAUCE
  • Bahan – bahan :
  • 10 gm bawang putih ( chopped )
  • 10 gm bawang besar ( chooped )
  • 1 helai dry bay leaves
  • 2 tbsp sos tomato
  • 2 tbsp sos cili
  • 1 tbsp sos HP
  • 1 tbsp sos A1
  • 50 gm lada banggala ( potong dadu )
  • Minyak untuk menumis
  • Cara – cara :
  • - Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih, bawang besar dan bay leaves, tumis sehingga keperangan.
  • - Masukkan air sedikit dan lada benggala.
  • - Selepas itu, masukkan soa tomato, sos cili, sos HP dan sos A1. Sebatikan bahan – bahan dan tuang sos di atas chicken chop.

No comments:

Post a Comment