NUFFNANG

Saturday, April 9, 2011

Nasi Tomato


Sedang mencuba sedaya upaya mengembalikan mood masak memasak yang hilang entah ke mana...boleh camtu?...mana boleh anak 4 asben sorang...bibik xde.....tak pernah ade bibik pun actually. Ade mood ke xde mood ke kena jugak masuk dapur betul lah kata orang dulu-dulu setinggi-tinggi orang pompuan ni belajar masuk dapur juga akhirnya....bunyi macam pasrah je kan? hahhahaaaaa....:)))) meh laaaa tengok resipi yang cedok daripada blog Kak Ummi. 

Resipi ni pun copy & paste jer..

NASI TOMATO AYAM
Sumber: TryMasak

Bahan:-
  • 2 cawan beras basmathi - dibasuh dan direndam 5 - 8 minit
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair...........saya ikut Kak Ummi guna fresh milk
  • 1 keping dada ayam - didadu kecil....................saya guna 1/2 kiub ayam
  • 4 ulas bawang puith * saya hiris nipis-nipis
  • 2 inci halia   * saya hiris nipis-nipis
  • 1 biji bawang besar - dibelah 4 * saya hiris nipis-nipis
  • 1 biji tomato - didadu kecil
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis..........x letak
  • 1/2 sudu kecil seruk jintan putih.............x letak
  • 2 sudu besar tomato puri...................saya guna tomato sos jerr
  • sedikit kismis
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit daun pudina - diracik kasar............x letak
  • 1 sudu besar minyak sapi..............saya guna mentega
  • sedikit garam
  • sedikit minyak...........ni saya tambah
Cara Memasak:-
Cara memasak nasi saya lain sedikit daripada Kak Ummi

  1. Panaskan minyak dan mentega dan tumis rempah ratus (kulit kayu manis, pelaga dan cengkih) hingga naik bau.
  2. Masukan bahan-bahan yang dihiris nipis-nipis tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan beras basmati yang telah ditoskan dan kacau perlahan-perlahan....berhati-hati dan kurangkan mengacau beras tersebut...takut beras hancur nanti nasi tak cantik.
  4. Tutup api dan pindahkan ke dalam rice cooker.
  5. Curahkan susu segar,air, garam daun pandan, tomato sos, buah tomato dan sedikit garam serta kiub ayam.
  6. Kacau rata dan masak seperti biasa.
  7. Masukkan daun pandan, daun pudina dan sedikit garam. Kacau rata dan biarkan mereneh.
  8. Bila nasi mula kering, masukkan kismis.
  9. Apabila nasi masak, kacau rata perlahan-lahan supaya bahan semua sebati. Biarkan nasi benar-benar masak.
  10. Ceduk nasi dan taburan dengan bawang goreng

Boleh dihidangkan bersama ayam masak merah dan acar mentah. Tapi saya buat sayur campur sebab anak-anak tak suka acar mentah. SELAMAT MENCUBA !


No comments:

Post a Comment