NUFFNANG

Tuesday, August 31, 2010

Ayam goreng Sempoi


Bahan-bahan

6    ketul ayam .....dibersihkan dan ditoskan airnya....kalau suka boleh potong kecil-kecil
10  ulas bawang putih *
3    inci halia *
Tumbuk bahan-bahan bertanda * dan perah airnya dan simpan
2    camca besar tepung jagung
1    biji telur dipukul
1    camca kecil lada sulah
Garam
Minyak untuk menggoreng kaedah menggoreng terendam

Cara-cara


Perap ayam dengan jus perahan bawang putih dan halia, garam serta lada sulah..perap sekurang-kurangnya 1/2 jam pada suhu bilik
Panaskan minyak dalam kuali
Masukkan tepung jagung kedalam ayam yang telah diperap kacau rata..pastikan ayam diselaputi dengan tepung
Masukkan telur yang telah dipukul kedalam ayam tadi dan kacau rata
Terus goreng ayam sehingga garing
Angkat dan hidangkan panas-panas

Tuna Puff

Bahan-bahan

Pastry frozen...saya guna jenama Kawanku
Tuna dalam tin...ikut citarasa masing-masing nak guna yang mana satu...saya guna yang ada mayonnaise
Kuning telur di pukul sedikit
Dulang untuk membakar pastry
Berus untuk menyapu kuning telur
Sedikit mentega

Cara-cara

Keluarkan pastry segera daripada petis ais dan biarkan selama 10-30 minit sehingga lembut
Grease kan sedikit mentega pada dulang pembakar
Ambil sekeping pastry segera potong kepada dua bahagian berbentuk segitiga
Letakkan sedikit inti dan lipat untuk membentuk segitiga
Tutup tepi pastry dengan menekan garfu di sekeliling pastry kecuali bahagian yang dilipat
Sapukan kuning telur ke atas pastry
Letakkan ke dalam dulang pembakar
Bakar pastry dengan suhu 180C selama 10-15 minit
Keluarkan dan hidangkan segera.

Tart Kelopak-Blueberry



My first attempt making tart on my own. Love the result...:) I got this recipe from Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 g marjerin
120 g mentega
*** I use 250 gram butter

60 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
50 g tepung jagung*
50 g tepung kastard*
300 g tepung gandum*(*digaul rata dan ayak)
Jem nenas secukupnya ......... I use blueberry jam

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Putar marjerin, mentega, gula aising, kuning telur dan vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga manjadi doh yang lembut.
  • Canai doh setebal 4 mm, terap dengan acuan bentuk bunga, perlahan2 gunakan hujung pisau, masukkan ke dalam paper cup kecil yang telah dialas ke dalam tin "patty" for details click here
  • Gentel2 jem sebenar duit 10 sen dan letak di bahagian tengah doh tadi, tekan sedikit biar kemas. Hias ikut kreativiti masing. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Menghasilkan kurang lebih 80 hingga 90+ biji tat.....

Sunday, August 29, 2010

Chocolate Oatmeal cookies


Recipe is taken from Hana

Bahan-bahan
  • 90g butter
  • 25g gula perang
  • 25g gula halus
  • 1 biiji telur (60g) - kocok
  • 1 sk esen vanila
  • 1/4 sk garam
  • 100g tepung gandum
  • 100g oatmeal - hana campur nestum...saya ikut hana campur nestum
  • 20g dark semisweet - cincang - hana tk ltk...saya pun tak letak
  • 50g walnut - cincang
  • 60g chocolate chips
  • 1 sudu besar tepung jagung - nih hana tambah...saya pun tambah





Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 190. ...saya guna suhu 160C je Alaskan loyang dengan baking paper.
  • Dalam mangkuk, satukan butter dan gula. Pukul menggunakan whisk hingga fluffy.
  • Masukkan telur, esen, garam. Kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung dan kacau menggunakan spatula.
  • Masukkan choc chips, walnut dan dark choc. Kacau lg sebati.
  • Ambil sesudu demi sesudu dan letak si atas loyang yang beralaskan baking paper td. Dan tekan sedikit menggunakan garfu.
  • Bakar selama 10-15min atau hingga keperangan.



Biskut Nescafe



Biskut Mazola




Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4    cawan minyak mazola
1       biji kuning telur
1       camca kecil vanilla
2/3    cawan gula halus/caster sugar
2       cawan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar...saya pakai yang ready made beli di kedai buat biskut !

Cara-cara

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata sehingga menjadi doh
Canai dan terap ikut citarasa masing-masing atau buat bulat-bulat
Sapukan kuning telur di atas biskut dan kalau suka boleh hias dengan separuh kacang yang digoreng tanpa minyak dan buang kulit.
Bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit bergantung kepada oven masing-masing.




Saturday, August 28, 2010

Biskut Alya

Don't know what to call this cookie.... I saw this recipe from Mat Gebu actually the recipe is from Chef Wan's recipe for Almond London but my Alya does not want any almonds inside so I end up making this cookie without almond inside!!!

Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel..of course I did not put this!
50 gram nestum...dikisar halus.....ni saya tambah sendiri

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.....saya bakar doh dalam paper cup dalam patty bun tin bila masak biskut akan mengikut bentuk paper cup
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  4. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. ....saya sudukan coklat masakan keatas biskut didalam paper cup di dalam patty bun tin...bila coklat sejuk akan mengikut bentuk paper cup. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 antara satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!! 

Cornflakes bercoklat

Biskut raya yang senang untuk dibuat....

Bahan-bahan


325 gram cornflakes
1     kilo coklat masakan ....saya guna 500 gram je
1     camca besar vegetable shortening
1    cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit dan dicincang...saya guna badam
colourful chocolate rice secukupnye
 paper cup ..kalau boleh pakai paper cup yang dasarnya besar

Cara-cara
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler...padamkan api
Masukkan kacang kacau rata
Masukkan cornflakes kacau sehingga kesemua cornflakes disaluti coklat
Sudukan cornflakes ke dalam paper cup
Taburkan chocolate rice
Apabila coklat dah keras dan sejuk barulah disimpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Mazola Peanut Butter


Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2    cawan minyak mazola
1       biji kuning telur
1/2    cawan mentega kacang halus (smooth peanut butter)
1       camca kecil vanilla
2/3    cawan gula halus/caster sugar
2       cawan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar...saya pakai yang ready made beli di kedai buat biskut !



Cara-cara

Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata sehingga menjadi doh
Canai dan terap ikut citarasa masing-masing atau buat bulat-bulat
Sapukan kuning telur di atas biskut dan kalau suka boleh hias dengan separuh kacang yang digoreng tanpa minyak dan buang kulit.
Bakar pada suhu 160C selama 10-15 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Wednesday, August 25, 2010

Mee goreng mamak


Bahan-bahan

1/2  kilo mee kuning dibasuh dan ditoskan
5     tangkai cili kering *
2     ulas bawang putih *
Kisar bahan-bahan yang bertanda *
2     pokok sawi dibersihkan dan dipotong asingkan daun dan batang
1     genggam taugeh basuh dan toskan
1     keping fishcake dihiris
1     keping tauhu di potong dan digoreng
3     ketul cucur tepung dihiris
1     mangkuk kecil isi ayam
2     camca besar sos tiram
1    camca kecil serbuk kari
1    camca kecil cuka
2    biji telur
kicap pekat
minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau
Masukkan sos tiram dan serbuk kari kacau
Masukkan ayam, fishcake, cucur tepung dan tauhu kacau hingga ayam masak
Masukkan batang sawi, cuka dan mee kacau rata
Masukkan kicap pekat sambil mengacau mee hingga warna mee agak hitam
Masukkan taugeh dan daun sawi kacau rata...sekiranya mee masih keras masukkan sedikit air dan kacau rata
Didalam kuali ketepikan mee disatu bahagian didalam kuali dan pecahkan telur disebelah bahagian yang lain biar seketika kemudian kacau telur dengan mee....terus angkat
Hidangkan dengan segera.

Tuesday, August 24, 2010

Blueberry Cheese tart


Recipe is taken from Hana 
Bahan-bahan
200gm butter
100gm gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
bahan B
1 biji telur
bahan C
420gm tepung - hana kurangkan 20g
1 sudu besar susu tepung
Cara-cara
putar A hingga lembut. tambahkan B n putar lagi hingga gebu.
masukkan C n gaul sebati. tekan dalam acuan tart , cucuk2 permukaan ngan garfu n bakar pada 190'c selama 15min.
Resepi for pastry ni sama macam Fruit Tartlet nye pastry
 
Filling
bahan A
250gm cream cheese
50gm gula
25gm butter
bahan B
1 biji telur
bahan C
25gm whipping cream
bahan D
20gm tepung
*hana tmbh lemon jus...saya tak letak pun
blueberry filling
Cara-cara
Pukul A hingga licin n gebu. masukkan B n pukul sebati. tambah C n pukul sebati. masukkan D n campur rata. tuang dalam kulit pastry tadi, letak sedikit blueberry filling n bentuk corak sedikit.Bakar pada suhu 200 c selama 10-12 minit.


Puding Laici Dangdut


Puding Laici Dangdut? dangdut sebab puding ni goyang-goyang ala-ala dangdut gitu haahahaa...puding ni lembut sangat hehehehe :)


Resepi diambil daripada Kak Ummi

Bahan:-
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula...saya letak 1 1/2 cawan gula sahaja..itu pun dah cukup manisssss!!!
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara:-

  1. Masak agar-agar hingga mendidih.

  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)

  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.

  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.

  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.

  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.


Saturday, August 21, 2010

Rendang Daging



Bahan-bahan

1   kilo daging dipotong nipis-nipis dan ditoskan air
10-15 tangkai cili kering, rendam dalam air panas *
10 ulas bawang merah *
5   ulas bawang putih  *
3   inci halia *
2   inci lengkuas *
5  batang serai  *
2  inci kunyit...boleh guna serbuk kunyit je! *
6  biji buah keras

Kisar bahan-bahan yang bertanda *
 
1/2  biji kelapa parut dibuat kerisik
santan daripada 2 biji kelapa atau 2 kotak santan Harmuni
1 inci gula melaka
2 keping asam gelugor di basuh
2 helai daun limau purut di koyak-koyakkan buang tulang daun yang ditengah-tengah
1 helai daun kunyit dimayang halus-halus
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Tumis bahan-bahan kisar dan daun limau purut hingga naik bau dan pecah minyak
Masukkan daging dan kacau rata masak hingga daging kecut..berwarna coklat
Masukkan santan, kerisik,gula melaka...masak hingga kuah agak pekat
Masukkan asam gelugor dan garam ....masak hingga daging lembut dan hingga ke tahap kepekatan kuah yang dikehendaki
Hidangkan dengan nasi, nasi impit, lemang atau pulut kuning.






Fruit Tartlet


Fruit Tartlet...yeay finally I did fruit tartlets..very happy with the result :)

I got this recipe from Kak Ummi thank you Kak Ummi. The pastry recipe was from Alex Goh and the custard filling's recipe from Rinnchan.

Here is the recipe
FRUIT TARTLET
Souce : Chef Alex Goh

THE SHELL
Ingredients :

(A)
200g butter
100g icing sugar
1/4 teaspoon vanilla essence

(B)
1 egg

(C)
420g flour
1 tablespoon milk powder

Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.
3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing. *grease the tart casing with a bit of butter
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool.

Note : Tart shells must be kept in an airtight container.

CUSTARD FILLING
Source : Rinn

Ingredients :

2 tablespoons flour
2 tablespoons custard powder or cornflour (I use custard powder)
8 tablespoons sugar
2 cups (500ml) fresh milk
2 eggs
2 tablespoons butter

Method :

1. Mix flour and custard powder/cornflour in a pot and add 2 tablespoons fresh milk. Stir to mix.
2. Add in egg and mix.
3. Add in balance of the milk.
4. Cook on low fire and stir continuously till the mixture is smooth and not lumpy ..I use whisk to stir the   custard
5. Once the mixture thickens and shiny, it's ready. Remove from fire and allow to cool. Ready to use.

TO ASSEMBLE :

1. Pipe the custard into the tart shells. I used a piping bag with a star nozzle to do the trick.
2. Arrange the fruits of your choice.

Thursday, August 19, 2010

Sambal Udang Petai


Had this for berbuka puasa with hot steamed rice.......yummy!!!!

Ingredients

10 tangkai cili kering direndam dalam air panas hingga lembut, basuh dan toskan *
5   ulas bawang merah *
2   ulas bawang putih *
1   ulas bawang besar dipotong bulat-bulat *
Kisar bahan-bahan yang bertanda *
1/2 camca kecil pes asam jawa
1    camca besar sos tiram
garam dan gula
1/2 kilo udang
1/2 cawan petai dibelah dua.....(kadang2 ada ulat dalam petai)
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan

Tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan naik bau
Masukkan sos tiram, gula, garam dan asam jawa kacau hingga sebati
Masukkan udang dan bawang besar kacau hingga udang masak...udang masak apabila bertukar warna merah dan badan udang melengkung
Masukkan petai dan angkat...kalau suka petai lembik masak lama sikit baru angkat
Hidangkan dengan nasi panas...Syiokkkkkk

Pau Sambal

First time I ate this Pau at Kluang Rail Coffee, Kluang and instantly fell in love with this Pau Sambal. Alternatively you also can eat this bun with other filing such as tuna or sardine. As for me...the best is Sambal Ikan Bilis.

Ingredients

1 pack of frozen mantou sandwich....you can get this from local store ..Frozen Section.
Sambal ikan bilis...recipe click here
sliced cucumber

Directions

Steam the buns as per direction on the package.
Put a spoonful of sambal ikan bilis in between the bun and a slice of a cucumber...then ENJOY with your favourite cuppa.................

Hershey's Best Brownies

Love this brownies...gooey in the middle but the portion is too small for us. Maybe next time I should double the ingredients :)

Recipe taken from Hershey's Kitchen

Ingredients
  • 1/2 cup (1 stick) butter or margarine, melted
  • 1 cup sugar....I use only 1/2 cup
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 2 eggs
  • 1/2 cup all-purpose flour
  • 1/3 cup HERSHEY'S Cocoa
  • 1/4 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1/2 cup chopped nuts(optional)....I did not put this !
  • CREAMY BROWNIE FROSTING(recipe follows)

Directions:

1. Heat oven to 350°F. Grease 9-inch square baking pan.

2. Stir together butter, sugar and vanilla in bowl. Add eggs; beat well with spoon. Stir together flour, cocoa, baking powder and salt; gradually add to egg mixture, beating until well blended. Stir in nuts, if desired. Spread batter evenly in prepared pan.

3. Bake 20 to 25 minutes or until brownies begin to pull away from sides of pan. Cool completely in pan on wire rack. Prepare CREAMY BROWNIE FROSTING; spread over brownies. Cut into squares. About 16 brownies.


CREAMY BROWNIE FROSTING

3 tablespoons butter or margarine, softened
3 tablespoons HERSHEY'S Cocoa
1 tablespoon light corn syrup or honey
1/2 teaspoon vanilla extract
1 cup powdered sugar.....I use 1/2 cup of icing sugar
1 to 2 tablespoons milk

Beat butter, cocoa, corn syrup and vanilla in small bowl until blended. Add powdered sugar and milk; beat to spreading consistency. About 1 cup frosting.

 

Wednesday, August 18, 2010

Bubur pulut hitam

Bahan-bahan

Pulut hitam
Santan
Gula Pasir
secubit garam
1 helai daun pandan disiat dan disimpul
*Kuantiti santan dan gula ikut selera masing-masing

Cara-cara

Basuh pulut hitam dan toskan
Rendam pulut hitam 1/2 jam ...kalau tak nak rendam pun takpe. Cuma bila direndam pulut hitam akan cepat masak dan kembang sekata
Rebus pulut hitam dengan air hingga kembang
Masukkan daun pandan,gula pasir,garam dan santan
Masak sehingga santan masak dan kuah menjadi pekat
Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan kalau disejukkan dalam peti ais.

Mee Segera Goreng


Simple, quick & delicious.

Bahan-bahan
4 keping mee segera (tidak perlu rebus atau celur)
4 tangkai cili kering ...direndam dalam air panas hingga lembut dan toskan *
4 ulas bawang putih *
1 ulas bawang besar *
Kisar bahan-bahan bertanda *
2 camca besar sos tiram
4 camca besar kicap pekat
1 kiub ayam..saya pakai maggi
Udang, fishballs, fishcakes....ikut suka nak letak banyak atau sedikit ikut citarasa masing-masing
Sawi 1 pokok...dibersihkan asingkan daun dan batang
1 cawan taugeh
1/2 batang lobak merah @ carrot...potong panjang-panjang
1 biji telur
2 cawan air (lebih kurang)
garam
minyak untuk menumis

Cara-cara
Tumis bahan-bahan kisar sampai garing
Masukkan udang, fishballs, fishcakes goreng sekejap
Masukkan sos tiram, kiub ayam dan masukkan air masak hingga mendidih
Bila sudah mendidih masukkan kicap dan rasakan kemasinannye sekiranya kurang masin tambahkan sedikit garam (rasanya mesti agak masin sedikit sebab bila dicampurkan dengan mee segera rasa masin tersebut akan kurang), lobak merah dan batang sawi serta mee segera
Masak sehingga mee segera jadi lembut..sekiranya kuantiti air tidak mencukupi tambah sedikit air lagi
Masukkan daun sawi serta taugeh dan pecahkan telur kacau hingga sebati dan masak.
Angkat dan hias dengan timun, bawang goreng dan timun.

Monday, August 16, 2010

Nasi Lemak


Nasi Lemak
Bahan-bahan
2 cawan beras wangi
2 cawan air
1 camca kecil garam
3 camca besar santan pekat
2 camca besar minyak masak
1 helai daun pandan disiat dan disimpul
1 inci halia tua dihiris kasar-kasar senang nak keluarkan
1 biji bawang besar dihiris
1 batang serai

Cara-cara  :
·      Basuh beras dan toskan
·      Masuk beras ke dalam rice cooker bersama-sama dengan kesemua bahan diatas
·      Masak sepertimana masak nasi putih biasa. Kareh nasi supaya nasi tidak berketul-ketul
·      Siap untuk dihidangkan.

Sambal Tumis Ikan Bilis
10 biji cili kering, direndam dalam air panas
2 genggam ikan bilis dikopek dan dibasuh.
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar dipotong bulat-bulat
2 ulas bawang putih
½ inci belacan
½ camca kecil pes asam jawa
Garam dan gula.
Minyak untuk menumis.

Cara-cara :
·      Ambil segenggam ikan bilis dan goreng hingga garing dan toskan
·      Kisar cili kering,bawang merah, bawang putih, segenggam ikan bilis dan belacan
·      Tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan pecah minyak
·      Masukkan gula,garam,asam jawa dan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
·      Masak sehingga pecah minyak dan bawang besar menjadi layu dan lembut
·      Masukkan ikan bilis yang digoreng dan angkat.

** Untuk mendapatkan ikan bilis garing, ikan bilis hendaklah digoreng segera selepas dibasuh.

Ayam Goreng Berempah

6   ketul ayam (saya guna kepak dan peha sahaja)
3  batang serai-dipotong halus-halus
4 ulas bawang putih
3 inci halia
Serbuk rempah ayam goreng (boleh dibeli dipasar,warna kekuning-kuningan)

Cara-cara:

·      Tumbuk serai,bawang putih dan halia hingga lumat.
·      Perap ayam dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk,serbuk rempah dan garam sekurang-kurangnye 4 jam (saya selalu perap malam sebelum tidur untuk sarapan pagi)
·      Panaskan minyak dan goreng ayam dengan kaedah terendam sehingga garing.
·      Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak.

*** Bahan-bahan lain yang perlu disediakan ikan bilis goreng,kacang tanah goreng, telur goreng atau telur rebus dan timun. 

Sunday, August 15, 2010

Agar-agar santan gula merah


Recipe from Kak Zana


Bahan-bahan:
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan Kara ( sy guna 100ml santan kotak harmuni)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Caranya:

  • Masak 200ml air dengan gula dan daun pandan (tapis)
    Masak campuran gula melaka yang telah ditapis & balance air (950ml) masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

Bebola tauhu ayam




Resipi from Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan isi ayam, kisar halus
1 keping tauhu keras
1 biji bawang besar, dadu kasar dan goreng dengan sedikit mentega, biar sejuk
4 camca besar serbuk roti
1/2 inci halia, parut dan perah jusnya
1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 pokok daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, buang biji, cincang halus (ni saya tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek tauhu tadi hingga halus, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak,biar sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak. ambil 1/2 camca besar adunan dan bulat2kan dengan tangan, masukkan kan ke dalam minyak sederhana panas lagi, buat 8 atau 10 biji bebola.
  3. Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda...

Apam Mekar


Recipe from Hana. Hana nye apam mekar cantik je.....apam yang saya buat malu-malu je nak mekar hehehehe...resipi sebijik-bijik ikut Hananye :)


Bahan-bahan
  • 150g tepung gandum
  • 125g gula - hana kurangkan 100g jer
  • 1 biji telur
  • 1/2 sk ovellete
  • 100ml susu segar
  • esen vanila
  • Pewarna - ikut suka
  • Paper cup secukupnyer
Cara-cara
  • Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  • Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  • Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  • Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  • Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  • Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Friday, August 13, 2010

AL - FREDO


BAHAN - BAHAN :

1 paket fettucini pasta - direbus dgn garam dan minyak.
500 ml cream
1tbs serbuk ikan bilis
garam
lada sulah
parsely (dicincang)
2 kpg dada ayam - yang telah dibakar.
1 tin cendawan butang - dipotong slice.
1 cawan parmesan cheese
setengah labu bawang putih - dicincang
125 gm mentega

CARA MEMBUAT :

- masukkan mentega , bawang putih dan cream di dalam periuk.
-masak bahan tersebut sehingga mereneh (simmering)
-kemuadian masukkan parmasen cheese dan serbuk ikan bilis. kacau sebati.
- masukkan cendawan butang,parsely, garam dan lada sulah.
- ambil pan dan panaskan, ambil kuah yang telah dimasak tadi dan masukkan fettucini.
- gaul sebari dan masukkan dada ayam yang telah dipotong hiris(slice).
- hidang dan hiaskan al - fredo di dalam pinggan..

BUBUR GANDUM JAGUNG..BEST IN THE WORLD..




BAHAN - BAHAN :

1 cawan gandum (bijirin)
1 kotak santan
2 -3 tongkol jagung segar
gula pasir
gula melaka
garam
**sukatan gula terpulang mengikut citarasa**
daun pandan
air

CARA MEMBUAT :
- basuh bijirin gandum dan rebus bijirin gandum selama 15 minit sehingga empuk dan masak.
- jika air berkurang tambah kuantiti air jgn terlalu banyak.
- masukkan jagung yang telah dileruikan.
selepas itu, masukkan santan,pastikan api tidak terlalu besar.(sederhana)
- masukkan gula pasir,gula melaka dan sedikit garam.
-masak bubur selama 10 minit dan hidangkan..

^^ penggunaan jagung di dlm resepi ini boleh juga digantikan dengan sagu mata ikan ^^
^^ pastikan sagu tersebut dimasak terlebih dahulu dan di bilas dengan air bg mengurangkan kanji^^



Thursday, August 12, 2010

Mee Hailam

Made this for berbuka puasa today. As usual recipe is taken from Mat Gebu .

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 liter air rebusan tulang lembu@ayam ( I use chicken cube only 1 1/2 cubes)
1 keping dada ayam, dihiris (tak letak)
1/2 cawan isi udang
1 keping fish cake, dihiris (lupa nak letak !!!! )
1 cawan potongan bunga kobis
1 cawan hirisan campuran capsicum merah, kuning dan hujau (tak letak...sbb takde)
3 pokok sawi bok choy, dibersihkan dan disiang
1 biji tomato, belah empat
1/3 batang kobis, belah 2 dan hiris serong
2 ulas bawang putih, cincang halus (I put 4 ulas)
3 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga rata)
Garam secukup rasa
* Saya tambah 2 camca besar cili sos@tomato sos
*Saya tambah sedikit gula dalam 1/2 camca besar

BAHAN LAIN :-)
500 g kuey teow (Saya guna mee kuning ..celur & toskan. Kalau nak terus makan lepas basuh mee boleh terus masukkan dalam kuah dan renehkan sekejap)
1/2 camca teh minyak bijan (Saya letak dalam kuah)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili hijau jeruk (Saya makan dengan hirisan cili padi.....sedappppnyeeee)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging ayam dan lobak merah, kacau rata. Tambah sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam, sos cili @ sos tomato, gula,gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Biar mendidih.
  2. Masukkan udang, bunga kobis dan fish cake. Biar sekejap dan tuang bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan tomato, sawi bok choy dan juga garam secukup rasa. Masak sekejap dengan api perlahan hingga kuah memekat. Matikan api.
  3. Panaskan kuali non-stick, masukkan kuey teow tadi bersama minyak bijan dan kacau pantas selama 30 saat. Matikan api dan alih ke dalam mangkuk hidangan. Tuang kuah tadi dan hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili hijau jeruk...

Bubur kacang Hijau

Made this as a dessert for berbuka puasa today. One of my kids' favourite dessert.

Ingredients :
Kacang Hijau
Gula Melaka
Sedikit garam
Santan...I use santan kotak only
Daun Pandan

Cara-cara
Rebus kacang hijau sehingga hampir masak....kacang akan jadi lembut.
Masukkan daun pandan, garam,gula melaka & santan dan masak sehingga kacang masak ...kacang akan kembang dan lembut.
Kuantiti bahan-bahan ikut citarasa masing2.

 Happy trying :)