NUFFNANG

Sunday, January 30, 2011

Creamy Lemon Squares


Recipe from Martha Stewart. If you love lemon you should try this easy and simple recipe :)

Ingredients

Makes 16
  • 1/2 cup (1 stick) unsalted butter, room temperature, plus more for pan
  • 1/2 cup confectioners' sugar, plus more for dusting
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 cup all-purpose flour (spooned and leveled)
  • 4 large egg yolks
  • 1 can (14 ounces) sweetened condensed milk
  • 3/4 cup fresh lemon juice (from about 3 lemons)

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees. Butter an 8-inch square baking pan. Line bottom with parchment paper, leaving an overhang on two sides; butter paper.
  2. Make crust: Using an electric mixer, beat butter, sugar, and salt until light and fluffy. Add flour, and mix on low just until combined. Press dough into the bottom and 1/2 inch up sides of prepared pan; prick all over with a fork. Bake until lightly golden, 15 to 20 minutes.
  3. Make filling: In a large bowl, whisk together yolks, condensed milk, and lemon juice until smooth. Pour over hot crust in pan; return to oven, and bake until filling is set, 25 to 30 minutes. Cool completely in pan.
  4. Refrigerate until filling is firm, about 2 hours or up to 3 days. Using paper overhang, lift cake onto a work surface; cut into 16 squares,and dust with confectioners sugar

Read more at Marthastewart.com: Creamy Lemon Squares - Martha Stewart Recipes

Muesli Bar 2






Muesli Bar lagi.....nak wat camner resipi yang senang permintaan pulak tinggi hehehehe :) Ni resepi macam hari tu nyer...resepi ada kat sini cuma kali ni guna rolled oat ari tu guna quaker oat yang biasa jeee, kali ni topping chocolate tu tak campur whipping cream cuma cooking chocolate yang dicairkan sahaja....kalau nak wat camni kena lebihkan cooking chocolate kali ni guna lebih kurang 150-200gm cooking chocolate. Selamat mencuba.....:)

Saturday, January 29, 2011

Kuih Kasui


Kuih Kasui.....resipi turun temurun tapi bukan turun temurun daripada keluarga saya....heheheee. Ini sebenarnya resipi daripada kawan saya Aspalela (glamour kan nama dia :)) resipi daripada bonda beliau. Resipi dan sukatannya pun senang....saya memang suka kalau dapat resipi daripada orang tua sebab biasanya bahan-bahannya senang nak dapat sukatan pun pakai cawan jerrr :)

Bahan-bahan :-
  • 2    cawan tepung gandum
  • 4    camca besar tepung ubi/sagu
  • 1/2 camca kecil garam
  • 1    camca besar air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir *
  • 1    cawan gula melaka/merah *
Masak bahan-bahan yang bertanda * dengan 4 cawan air dan dibiarkan sejuk
  •  Kelapa parut bahagian putih sahaja
  • sedikit garam

Cara-cara :-

Campurkan tepung gandum, tepung ubi/sagu, dan garam
Masukkan sedikit demi sedikit campuran air gula dan kacau supaya tidak berketul-ketul (sekiranya masih berketul tapis campuran tepung dan air gual tersebut
Masukkan dalam loyang dan kukus sehingga masak....cucuk dengan lidi kalau lidi tu keluar bersih bermakna kuih kasui sudah masak. Balut tutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang.
Biar betul-betul sejuk barulah dipotong.

Kukus kelapa parut dan sedikit garam kemudian gaulkan dengan kuih kasui yang telah dipotong.

Mee Udang


Mee Udang ......baru-baru ni pergi Taiping @ Tepen. Mee udang ni sangat popular di sana di Kuala Sepetang Sepanjang jalan banyak restoran mee udang. Sempat jugak singgah di Restoran Mee Udang Mak Jah . Ni gambar mee udang kat Restoran Mak Jah yang femes itu :)



Resipi cedok daripada Hana

Bahan-bahan
  • 1/kg mee kuning
  • 300 gm udang saiz L 
  • 4 sb lada boh / lada giling
  • *4 ulas bawang merah@1 biji bwg besar - hana gune bwg besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 sb udang kerin
  • *1/2 inci halia
  • 1 sb petis
  • 3 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)- x ltk
  • gula n garam
  • taugeh n sawi
  • daun bawang n bawang goreng 
  • * untuk kuah saya guna air rebusan kulit dan kepala udang.
Cara-cara
  1. Rebus udang hingga masak.tapis keluar udang n asingkan.Air rebusan jg buang. nak sedap lagik masukkan air rebusan daging.
  2. Tumis lada boh hingga garing.Kisar bahan bertanda *.Tumis lak bahan kisar hingga betul garing n naik bau.
  3. Masukkan air rebusan udang.biar kuah mendidih.Masukkan sos tomato, sos cili n petis.Renehkan kuah.
  4. Masukkan garam n gula.bergantung pada citarasa masing.Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.Lagi lama sedap.
  5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah.Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos.so depend masing2lah eh...
  6. Celur mee, taugeh n sawi.Masukkan udang yg telah direbus tadi.tuang kuah n taburlah dengan daun bawang dan bawang goreng

Sunday, January 23, 2011

Kuih Bom


Soalan yang sudah lama berlegar di fikiranku akhirnya terjawab jua......kenapa kuih ni nama kuih bom? Haha..haaa...sebab masa menggoreng kuih ni akan merekah dan meletup hahahaaa....tak tahu lah mungkin tak pandai lagi buat kuih ni first time buat...rasa ok sedap...tapi tu lahhh masa menggoreng dah guna kaedah menggoreng terendam dan tak terlalu panas pun meletup jugak kuih ni...sebab takut kuih ni terus meletup dan mengeluarkan lava @ inti kelapa so goreng tak berapa garing sangat...ape-ape pun masa entry post ni kuih ni dah selamat di dalam perut penghuni rumah ni heheheee :)

Resipi daripada My resipi

Bahan-bahan ( 10-11 biji )

  • 50-60gm bijan
  • Minyak utk mengoreng
  • Bahan-bahan doh:
  • 200-240gm tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 190-200ml air
  • Sedikit garam 
  • Bahan-bahan inti kelapa:
  • 60g gula melaka/gula merah
  • 20g gula pasir
  • 50ml air
  • 1/2 biji kelapa parut 


 Cara-cara:

       Untuk inti kelapa

  1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
  2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
  3. Kacau dia atas api yang sederhana sehingga agak kering
    Untuk membuat doh
  1. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
  2. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
  3. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkansedikit
  4. Bubuh inti ditengah dan tangkupkan semula
  5. Golek bebola dengan bijan supaya melekat
  6. Goreng kuih bom dengan kaedah menggoreng secara terendam dan goreng hingga kekuningan
*** Petua untuk kuih bom tidak meletup dan tidak merekah

1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam.
2. Minyak jgn terlalu panas.
3. Jgn menggoreng terlalu lama.
4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.

Double- Decker Cereal Treats



Another easy peasy recipe......I got the recipe from Hershey's Recipe

Ingredients

  • 1-2/3 cups (10-oz. pkg.) REESE'S Peanut Butter Chips * I use peanut butter
  • 2 tablespoons vegetable oil
  • 2 teaspoons vanilla extract, divided
  • 2 cups (12-oz. pkg.) HERSHEY'S SPECIAL DARK Chocolate Chips or HERSHEY'S Semi-Sweet Chocolate Chips
  • 2 cups light corn syrup
  • 1-1/3 cups packed light brown sugar
  • 12 cups crisp rice cereal, divided * I use 10 cups only

Directions

  1. Line 15-1/2x10-1/2x1-inch jelly-roll pan with foil; extending foil over edges of pan. Lightly butter or spray foil with vegetable oil spray.
  2. Place peanut butter chips, oil and 1 teaspoon vanilla in large bowl. Place chocolate chips and remaining 1 teaspoon vanilla in second large bowl. Stir together corn syrup and brown sugar in large saucepan; cook over medium heat, stirring constantly, until mixture comes to full, rolling boil. Remove from heat.
  3. Immediately stir half of hot mixture into each bowl; stir each mixture until chips are melted and mixture is smooth. Immediately stir 6 cups rice cereal into each mixture. Spread peanut butter mixture into prepared pan; spread chocolate mixture over top of peanut butter layer. Cool completely. Immediately stir half of mixture into each reserved bowl; proceed as directed above

Saturday, January 22, 2011

Kuih Dadar @ Ketayap


I made this kuih on the Thaipusam Day...my second attempt actually...Love the result...or should I say Loveeeeeeee eating it or should I say...I'm loving it (familiar?..ehmmmmmm). Here is the recipe....Happy trying :)

Recipe is taken from Hana so I just cut & paste the recipe from there....Thank you Hana :)

Bahan-bahan
  • *1 biji telur
  • *2 cawan tepung gandum
  • *1/2 sudu teh garam
  • *2 cawan air
  • *1 sudu besar air pandan
  • *sedikit pewarna hijau
  • minyak untuk mendadar
Cara-cara
  • Blend semua bahan yg bertanda *.
  • Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
  • Angkat.Masukkan inti dan gulung.
  • Siap dihidang.


Untuk Inti Kelapa .....my own recipe :)

  • 1   biji kelapa parut
  • 1   cawan gula merah *
  • 1/2 cawan air *
  • 1   camca teh garam *
  • 2   helai daun pandan *
Cara-cara:-

  • Satukan kesemua bahan-bahan yang bertanda * dalam periuk dan masak sehingga gula larut dan tapis.
  • Campurkan dengan kelapa parut
  • Masak sehingga campuran kelapa parut dan gula agak kering
  • Sejukkan sebelum di gulung.

Saturday, January 15, 2011

Muesli Bar


Baru perasan stock oat masih banyak lagi, stock almond baki hari raya pun masih ada lagi...jeng...jeng....pikir punye pikir dan selepas reviewed few recipes, godek-godek...jadilah muesli bar nih.....senang, sodap & healthy (he...he...harap2 lah it is a healthy food :) )

Minta maaf laaaa kureng cantik sikit muesli bar ni sebab potong pakai pisau kalau ade loyang yang ada cutter saya pasti hasilnya lebih memuaskan.Sekiranya pakai pisau untuk memotong pisau itu perlu dibersihkan setiap kali memotong.....happy trying :)

Bahan-bahan:

3 cawan     oats...saya guna quaker oats, kalau guna rolled oats lagi sedap
1 cawan     nestum
100gm       kacang almond dipanggang
1/2 cawan  kismis
125gm       mentega
1/2 cawan  gula perang
4 camca     madu
100gm       coklat masakan
100ml        double cream@whipping cream



Cara-cara:

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Masukkan mentega, gula perang dan madu ke dalam periuk...dengan api perlahan cairkan mentega bersama-sama madu dan gula perang...kacau sehingga sebati
Apabila mentega sudah cair alihkan daripada api
Masukkan oats, nestum dan kacang almond serta kismis...gaul rata
Alas loyang berukuran 8 inci x 8 inci dengan parchment paper dan lebihkan untuk 2 bahagian i.e leaving an overhang on two sides...senang nak keluarkan kemudian.
Masukkan ke dalam loyang dan tekan hingga rata dan padat
Bakar dalam oven dalam 15 minit...keluarkan dan rehatkan selama 10 minit
Cairkan coklat secara double boiler & double cream @ whipping cream dan tuangkan ke atas campuran oats yang dibakar tadi
Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru potong.

Bubur chacha

This is requested by my second daughter, Aina...I made this after the soto was cooked intending to serve this for tea but Aina was already waiting in the kitchen staring at the pot and keep on asking me...when the bubur is ready? so there you are Dear...you can have it for lunch...hehehehe :)

Ingredients:

200 gm ready made Chacha...
100 ml of coconut milk...I use half box of santan Harmuni
1     'gula melaka'
1    teaspoon of salt
2    screwpine leaves @ daun pandan
sugar....only if you need


Method:

Boil the chacha until it is almost soft
Add in 'gula melaka' stir until it is dissolved
Then add in 'daun pandan', salt, the coconut milk and sugar
Cook until the chacha is soft and the coconut milk is cooked.
It can be served either hot or cold.

Laksa Penang


Ni resipi yang tertunggak...dah buat lama tapi tak sempat nak upload!!! Kuah laksa sedap kalau disimpan 1 malam.

Bahan-bahan:-

Laksa...saya guna laksa basah beli di pasar
2   liter air
5   ekor ikan selayang
5   ekor ikan sardin ...yang segar ye :)
1   cawan isi udang
2   inci belacan
5  ulas bawang merah
2  kuntum bunga kantan
secekak daun kesom
segenggam ikan bilis
petis @ otak udang...kalau suka
4-6 keping asam keping
4  camca besar cili kisar



Cara-cara:-

Rebus ikan dengan 2 keping asam keping
Toskan air...letak air dalam periuk
Asing isi ikan dan tulang
Kisar isi ikan, ikan bilis, udang, belacan dan bawang masukkan ke dalam periuk yang berisi air ikan...masukkan cili kisar
Kisar tulang ikan dan ambil airnya sahaja masukkan ke dalam periuk tadi
Belah 2 bunga kantan masukkan ke dalam periuk tadi
Masukkan daun bunga kesom, garam dan baki asam keping
Didihkan diatas dapur sehingga kuah masak

Bahan-bahan sampingan untuk dihidangkan bersama laksa
Daun salad
Timun
Cili padi/Cili merah
Limau kasturi
Nenas dan Telur.....kalau suka :)

Soto Ayam


Cuaca sejuk-sejuk ni memang sedap makan soto...sup panas dan sambal kicap...syiokkkkkk!!!!!!. sekarang ni tiap-tiap hari hujan...kadang2 tu satu hari hujan tak berhenti-henti......Teringat masa study dulu kalau waktu winter tido...makan..tido...makan...inilah pun aktiviti penghuni rumah ni sekarang tak boleh nak buat aktiviti di luar.................katil pun memanggil-manggil jeeeeee oklah perut pun dah kenyang so nak gi zzzzzzzzz....
Ini resipi orang malas pakai perencah soto adami je...:)

Bahan-bahan:-

SUP SOTO:
1/2 ekor ayam...dibersihkan
1   kiub ayam
2   inci halia....dihiris
2  liter air
Garam
1  bungkus rempah soto adami...gambar seperti dibawah


Cara-cara:_

Didihkan air, masukkan ayam dan halia ...tunggu air mendidih kembali
Bila air sudah mendidih masukkan rempah soto dan garam masak sehingga ayam lembut
Keluarkan ayam dan toskan.


BEGEDIL:-

Kentang sederhana besar potong 4...digoreng dengan api sederhana sehingga empuk dan garing sedikit
Bawang goreng
Daun sup
Isi ayam ...daripada sup diatas
Lada sulah
garam
Telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:_

Lenyekkan kentang dan campurkan kesemua bahan-bahan kecuali telur
Ambil sesudu (bergantung kepada individu kalau suka begedil besar boleh tambah kuantiti)...bulatkan dan leperkan....buat sehingga habis
Pukul telur dan celupkan begedil yang telah dibentuk
Goreng sehingga berwarna coklat
Angkat dan toskan

SAMBAL KICAP

1   Bawang besar sederhana saiz
10 biji cili api....boleh lebihkan
2   ulas bawang putih
Kicap

Cara-cara:-

Goreng bahan-bahan diatas kecuali kicap sehingga layu angkat dan toskan
Tumbuk bahan-bahan yang telah ditoskan
Masukkan kicap.



Bahan-bahan sampingan untuk dihidangkan dengan soto:-

Nasi Impit/ Meehoon..dicelur/ Mee Kuning ....dicelur
Ayam yang ditoskan daripada sup...disiat halus-halus
Daun sup dihiris nipis-nipis
Bawang goreng
Taugeh dibuang ekor
Kacang tanah digoreng
Soohoon digoreng dengan minyak panas
Sambal kicap
Begedil

Untuk menghidangkan soto letakkan nasi impit/meehoon/mee kuning dan bahan-bahan sampingan serta begedil kemudian cedukkan kuah sup.