NUFFNANG

Saturday, January 15, 2011

Soto Ayam


Cuaca sejuk-sejuk ni memang sedap makan soto...sup panas dan sambal kicap...syiokkkkkk!!!!!!. sekarang ni tiap-tiap hari hujan...kadang2 tu satu hari hujan tak berhenti-henti......Teringat masa study dulu kalau waktu winter tido...makan..tido...makan...inilah pun aktiviti penghuni rumah ni sekarang tak boleh nak buat aktiviti di luar.................katil pun memanggil-manggil jeeeeee oklah perut pun dah kenyang so nak gi zzzzzzzzz....
Ini resipi orang malas pakai perencah soto adami je...:)

Bahan-bahan:-

SUP SOTO:
1/2 ekor ayam...dibersihkan
1   kiub ayam
2   inci halia....dihiris
2  liter air
Garam
1  bungkus rempah soto adami...gambar seperti dibawah


Cara-cara:_

Didihkan air, masukkan ayam dan halia ...tunggu air mendidih kembali
Bila air sudah mendidih masukkan rempah soto dan garam masak sehingga ayam lembut
Keluarkan ayam dan toskan.


BEGEDIL:-

Kentang sederhana besar potong 4...digoreng dengan api sederhana sehingga empuk dan garing sedikit
Bawang goreng
Daun sup
Isi ayam ...daripada sup diatas
Lada sulah
garam
Telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:_

Lenyekkan kentang dan campurkan kesemua bahan-bahan kecuali telur
Ambil sesudu (bergantung kepada individu kalau suka begedil besar boleh tambah kuantiti)...bulatkan dan leperkan....buat sehingga habis
Pukul telur dan celupkan begedil yang telah dibentuk
Goreng sehingga berwarna coklat
Angkat dan toskan

SAMBAL KICAP

1   Bawang besar sederhana saiz
10 biji cili api....boleh lebihkan
2   ulas bawang putih
Kicap

Cara-cara:-

Goreng bahan-bahan diatas kecuali kicap sehingga layu angkat dan toskan
Tumbuk bahan-bahan yang telah ditoskan
Masukkan kicap.



Bahan-bahan sampingan untuk dihidangkan dengan soto:-

Nasi Impit/ Meehoon..dicelur/ Mee Kuning ....dicelur
Ayam yang ditoskan daripada sup...disiat halus-halus
Daun sup dihiris nipis-nipis
Bawang goreng
Taugeh dibuang ekor
Kacang tanah digoreng
Soohoon digoreng dengan minyak panas
Sambal kicap
Begedil

Untuk menghidangkan soto letakkan nasi impit/meehoon/mee kuning dan bahan-bahan sampingan serta begedil kemudian cedukkan kuah sup.

No comments:

Post a Comment