NUFFNANG

Saturday, January 29, 2011

Kuih Kasui


Kuih Kasui.....resipi turun temurun tapi bukan turun temurun daripada keluarga saya....heheheee. Ini sebenarnya resipi daripada kawan saya Aspalela (glamour kan nama dia :)) resipi daripada bonda beliau. Resipi dan sukatannya pun senang....saya memang suka kalau dapat resipi daripada orang tua sebab biasanya bahan-bahannya senang nak dapat sukatan pun pakai cawan jerrr :)

Bahan-bahan :-
  • 2    cawan tepung gandum
  • 4    camca besar tepung ubi/sagu
  • 1/2 camca kecil garam
  • 1    camca besar air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir *
  • 1    cawan gula melaka/merah *
Masak bahan-bahan yang bertanda * dengan 4 cawan air dan dibiarkan sejuk
  •  Kelapa parut bahagian putih sahaja
  • sedikit garam

Cara-cara :-

Campurkan tepung gandum, tepung ubi/sagu, dan garam
Masukkan sedikit demi sedikit campuran air gula dan kacau supaya tidak berketul-ketul (sekiranya masih berketul tapis campuran tepung dan air gual tersebut
Masukkan dalam loyang dan kukus sehingga masak....cucuk dengan lidi kalau lidi tu keluar bersih bermakna kuih kasui sudah masak. Balut tutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang.
Biar betul-betul sejuk barulah dipotong.

Kukus kelapa parut dan sedikit garam kemudian gaulkan dengan kuih kasui yang telah dipotong.

No comments:

Post a Comment