NUFFNANG

Wednesday, August 25, 2010

Mee goreng mamak


Bahan-bahan

1/2  kilo mee kuning dibasuh dan ditoskan
5     tangkai cili kering *
2     ulas bawang putih *
Kisar bahan-bahan yang bertanda *
2     pokok sawi dibersihkan dan dipotong asingkan daun dan batang
1     genggam taugeh basuh dan toskan
1     keping fishcake dihiris
1     keping tauhu di potong dan digoreng
3     ketul cucur tepung dihiris
1     mangkuk kecil isi ayam
2     camca besar sos tiram
1    camca kecil serbuk kari
1    camca kecil cuka
2    biji telur
kicap pekat
minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau
Masukkan sos tiram dan serbuk kari kacau
Masukkan ayam, fishcake, cucur tepung dan tauhu kacau hingga ayam masak
Masukkan batang sawi, cuka dan mee kacau rata
Masukkan kicap pekat sambil mengacau mee hingga warna mee agak hitam
Masukkan taugeh dan daun sawi kacau rata...sekiranya mee masih keras masukkan sedikit air dan kacau rata
Didalam kuali ketepikan mee disatu bahagian didalam kuali dan pecahkan telur disebelah bahagian yang lain biar seketika kemudian kacau telur dengan mee....terus angkat
Hidangkan dengan segera.

No comments:

Post a Comment