NUFFNANG

Sunday, August 8, 2010

Mee Goreng

Bahan-bahan :

1    kilo mee kuning basuh dan toskan
6    ulas bawang putih *
3    camca besar udang kering direndam *
10  tangkai cili kering dibasuh dan direbus hingga kembang*
 Bahan-bahan yang ditanda * dikisar bersama sedikit air
3    camca besar sos tiram
12  besar kicap masin
3    tangkai sawi di basuh dan siang asingkan batang dan daun
2    biji buah tomato di potong
segenggam taugeh dibuang ekornye
15 ekor udang sederhana besar di buang kepala, kulit dan ekor
5   ekor sotong disiang
10 biji fish balls dipotong dua
2   keping fish cake dipotong kecil-kecil

sedikit minyak masak.

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan udang dan sotong sehingga separuh masak masukkan fishballs dan fishcakes.
Masukkan sos tiram& kicap dan sedikit air masak sehingga air mendidih.
Masukkan batang sawi dan masak sehingga batang sawi lembut kemudian masukkan sawi dan mee kuning kacau sehingga semua bahan-bahan yang ditumis bercampur dengan mee kuning.
Masukkan daun sawi, tomato dan taugeh dan kacau.
Sekiranya suka boleh pecahkan sebiji telur dan kacau.
Sekiranya nak mee goreng basah masukkan sedikit air masak sebentar dan angkat.
Hidangkan panas-panas dan boleh hiaskan dengan daun bawang & sup serta bawang goreng .

No comments:

Post a Comment