NUFFNANG

Friday, October 8, 2010

Meehoon tomyam goreng




Bahan-bahan

1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
5 biji cili kering ...direndam dengan air panas *...(kuantiti cili bergantung kepada individu dan juga pes tomyam yang digunakan sekiranya tidak suka pedas tidak perlu letak cili kering)
Kisar bahan-bahan yang bertanda *
6 camca besar pes tomyam dalam botol
2 camca besar sos tiram
1/2 cawan isi udang dibersihkan dan dibuang kulit
1/2 cawan sotong  dibersihkan dan dipotong
1/2 cawan fish ball dihiris
1/2 cawan fish cake dihiris
kobis bunga
lobak merah
cendawan butang dalam tin
*kuantiti sayur-sayuran bergantung kepada citarasa masing-masing
sedkit daun ketumbar dan bawang goreng untuk hiasan
minyak untuk menumis
400gm meehoon direndam dengan air sejuk selama 15 minit dan toskan air.




Cara-cara 

Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan pes tomyam tumis sehingga garing.
Masukkan udang, sotong, fishballs, fishcakes dan lobak merah tumis sehingga masak.
Masukkan sos tiram dan di kacau rata.
Masukkan sedikit garam...berhati-hati kerana pes tomyam kadang-kadang agak masin.
Masukkan bunga kobis dan cendawan butang kacau rata.
Masukkan meehoon kacau rata.
Sekiranya meehoon masih keras masukkan sedikit air dan kacau rata.
Masak sehingga meehoon lembut.
Angkat dan tabur daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan. 

No comments:

Post a Comment