Saturday, October 30, 2010
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan
1 kilo ayam dipotong & dibersihkan perap dengan serbuk kunyit dan garam
5 biji cili kering diptong dan direndam dalam air panas sehingga lembut *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
5 biji bawang merah *
1 biji bawang besar *
Kisar bahan-bahan yang bertanda *
1 cawan sos tomato
3-4 camca besar madu
1 kayu manis
2 bunga lawang
garam
1 cawan air
minyak untuk menggoreng
sekiranya suka...kacang peas untuk hiasan
Cara-caranya :-
Goreng ayam sehingga masak tidak perlu sehingga garing.
Angkat ayam dan ketepikan.
Menggunakan minyak goreng ayam tumis Kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar..tumis sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan sos tomato, air dan garam. Masak sehinnga air mendidih.
Masukkan madu masukkan ayam yang telah digoreng masak sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan kacang peas...sekiranya suka (saya tak letak sebab anak2 tak suka).
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau Nasi beriyani dan acar seperti gambar dibawah.
Click sini untuk resipi nasi beriyani dan acar mentah .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment