NUFFNANG

Friday, October 8, 2010

Chocolate Moist Cake 2


Bahan-bahan


2  cawan tepung gandum *
1  cawan serbuk koko *
1 1/2 camca kecil baking powder *
1 1/2 camca kecil soda bicarbonate *
1/2 camca kecil garam *
bahan-bahan bertanda * diayak bersama

1  cawan air panas mendidih #
2  cawan gula pasir #
bahan-bahan bertanda # dicampur dan dikacau sehingga gula hancur

1  cawan minyak jagung/sayuran/masak
1  cawan susu cair
2  biji telur
1  camca kecil esen vanilla 


Cara-cara
Panaskan pengukus.
Dalam satu bekas masukkan campuran air panas dan gula, minyak dan esen vanilla kacau hingga rata.
Untuk memudahkan kacau bahan-bahan menggunakan whisk.
Campurkan susu cair dan kacau lagi hingga rata.
Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang telah diayak dan kacau sehingga adunan tidak berketul-ketul.
Didalam bekas yang lain pukul telur sedikit ddan masukkan dalam adunan tepung dan minyak tersebut.
kacau lagi sehingga campuran bahan-bahan rata dan tidak berketul-ketul sekiranya berketul-ketul tapis campuran bahan-bahan.
Gris loyang dengan sedikit minyak dan tuang adunan dalam loyang.
Kukus selama 1 jam atau sehingga kek masak. Uji kek dengan menggunakan lidi dcucuk ditengah-tengah kek sekiranya lidi bersih bermakna kek dah masak.
Balut tutup pengukus dengan tuala untuk mengelakkan air jatuh ke atas kek.
Boleh juga dibuat kek dalam saiz yang kecil dengan menggunakan acuan agar-agar sekiranya menggunakan acuan agar-agar anda hanya perlu kukus selama 1/2 jam sahaja.
Biarkan kek sejuk baru boleh dipotong atau dihias.

Chocolate topping.
Cairkan cooking chocolate dengan menggunakan kaedah double boiler.
Setelah cooking choclotae cair masukkan 1 camca besar mentega kacau rata.
Masukkan sedikit susu segar kacau rata biarkan agak sejuk barulah dituang ke atas kek tersebut.
Boleh juga dihias menggunakan badam yang dibakar seketika.

 
   
 

No comments:

Post a Comment