Wednesday, September 1, 2010
Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan..ikut citarasa masing2 nak ikan jenis apa....saya guna ikan merah separuh je !
1 biji bawang besar di dadu kecil-kecil
4 ulas bawang putih dicincang
6 biji cili api hijau dicincang
6 biji cili api merah dicincang
3 camca besar cili kisar
2 helai daun limau purut dihiris......optional kalau taknak letak pun okay!
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 camca besar sos ikan
1 camca besar cuka
1 camca besar gula
Garam
Tepung jagung secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Perap ikan dengan sedikit garam dan biarkan seketika
Ambil tepung jagung dan salut ikan dengan tepung jagung...ratakan
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing
Angkat dan ketepikan
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali
Tumis cili kisar hingga garing masukkan bawang besar, bawang putih, cili api merah dan hijau tumis hingga naik bau masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan, cuka, gula serta garam gaul rata masukkan sedikit air
Masak sehingga kuah pekat
Tuang ke atas ikan...dan hidang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment