Wednesday, September 1, 2010
Rich Chocolate Moist Cake
Resipi daripada Rinnchan
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Nina Batriesyia
Bahan-bahan:
250gm butter (asalnya 170gm)
300gm gula caster (asalnya 396.9)
4 biji telur ayam (asalnya 3 biji)
Bahan2 dibancuh bersama :
1 sudu teh serbuk nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla (Boleh tukar vanilla lemon/orange)
1 sudu teh chocolate emulco..tak bubuh sebab tak ada
Bahan2 diayak bersama:
230 gm tepung gandum ( asalnya 226gm tepung high protein)
64gm serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonate..tak bubuh
2 sudu teh baking powder (asalnya 1 1/2 sudu teh)
200ml air sejuk dari peti ais
Cara-cara :
1. Guna mixer full speed, pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran nescafe dan esen.
Peringkat seterusnya, sila guna spatula atau whisker. Jangan guna mixer lagi
kerana ini akan menyebabkan kek berkawah sebab kek berat akibat overmixed.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Guna kaedah kaup balik
satu arah sehingga tepung sekadar sebati dalam adunan.
5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" dengan suhu 170 drj celcius selama 50min -60min.
Atau kukus tetapi loyang perlu ditutup dgn aluminium foil, guna api biasa selama 1 1/2 jam.
Untuk Chocolate Ganache
200gm double cream
200gm dark choc (chopped)
1 Tablespoon butter/shortening
In a double boiler, warm double cream until just at boiling point, add chopped chocolate and stir add butter, when all chocolate is melted, remove from the heat and continue stirring until all well mixed.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment