NUFFNANG

Wednesday, September 1, 2010

Rich Chocolate Moist Cake


Resipi daripada Rinnchan

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Nina Batriesyia

Bahan-bahan:
250gm butter (asalnya 170gm)
300gm gula caster (asalnya 396.9)
4 biji telur ayam (asalnya 3 biji)

Bahan2 dibancuh bersama :
1 sudu teh serbuk nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla (Boleh tukar vanilla lemon/orange)
1 sudu teh chocolate emulco..tak bubuh sebab tak ada

Bahan2 diayak bersama:
230 gm tepung gandum ( asalnya 226gm tepung high protein)
64gm serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonate..tak bubuh
2 sudu teh baking powder (asalnya 1 1/2 sudu teh)

200ml air sejuk dari peti ais

Cara-cara :
1. Guna mixer full speed, pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran nescafe dan esen.

Peringkat seterusnya, sila guna spatula atau whisker. Jangan guna mixer lagi
kerana ini akan menyebabkan kek berkawah sebab kek berat akibat overmixed.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Guna kaedah kaup balik
satu arah sehingga tepung sekadar sebati dalam adunan.
5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" dengan suhu 170 drj celcius selama 50min -60min.
Atau kukus tetapi loyang perlu ditutup dgn aluminium foil, guna api biasa selama 1 1/2 jam. 


Untuk Chocolate Ganache 

200gm double cream
200gm dark choc (chopped)
1 Tablespoon butter/shortening


In a double boiler, warm double cream until just at boiling point, add chopped chocolate and stir add butter, when all chocolate is melted, remove from the heat and continue stirring until all well mixed.

 

Puff Kelopak


Resepi ni ambil daripada Mat Gebu
Copy & paste je yer Mat...Terimakasih :)

BAHAN INTI TUNA :-)..........saya guna inti ayam

1 tin tuna, tos dan hancurkan........isi ayam diptong kecil-kecil
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula

BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus
Sos pilihan (optional)

Nak tengok cara-cara nak buat pastry tu jadi kelopak..sila tengok kat blog Mat Gebu

Ubi Rebus dan Sambal Tumis Ikan Bilis


Bahan-bahan

Ubi kayu....kalau nak ubi yang empuk pilih ubi kayu yang dalam kulitnya warna merah dan senang dikopek

Cara-cara

Bersihkan ubi kayu dan dipotong
Panaskan air hingga mendidih dalam periuk dan masukkan ubi
masak sehingga empuk
Angkat dan toskan airnya
Hidangkan bersama sambal tumis/ikan masin.
Untuk resipi sambal tumis ikan bilis boleh tengok disini


 

Sotong Goreng Rangup


Bahan-bahan

1  mangkuk sotong dibersihkan dan dipotong
2  biji putih telur
Tepung goreng ...saya pakai tepung Kentucky
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Celur sotong seketika...dalam 30 saat je dalam air yang mendidih..angkat dan toskan atas kitchen towel
Pukul putih telur gaul ratakan dengan sotong
Masukkan tepung goreng sedikit dan gaul rata
Panaskan minyak dalam kuali
Dalam mangkuk yang lain masukkan tepung goreng serbaguna, ambil sotong satu persatu salut dengan tepung serbaguna dan terus masukkan dalam kuali
Goreng sotong hingga garing dan terus hidangkan panas-panas

Ikan Tiga Rasa



Bahan-bahan

1  ekor ikan..ikut citarasa masing2 nak ikan jenis apa....saya guna ikan merah separuh je !
1  biji bawang besar di dadu kecil-kecil
4  ulas bawang putih dicincang
6  biji cili api hijau dicincang
6  biji cili api merah dicincang
3  camca besar cili kisar
2  helai daun limau purut dihiris......optional kalau taknak letak pun okay!
2  camca besar sos tiram
2  camca besar sos cili
2  camca besar sos tomato
2  camca besar sos ikan
1  camca besar cuka
1  camca besar gula
Garam
Tepung jagung secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara

Perap ikan dengan sedikit garam dan biarkan seketika
Ambil tepung jagung dan salut ikan dengan tepung jagung...ratakan
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing
Angkat dan ketepikan
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali
Tumis cili kisar hingga garing masukkan bawang besar, bawang putih, cili api merah dan hijau tumis hingga naik bau masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan, cuka, gula serta garam gaul rata masukkan sedikit air
Masak sehingga kuah pekat
Tuang ke atas ikan...dan hidang