Salah satu favourite dessert....ini pun buat version yang mudah jerrr. Resipi daripada Hana.
Ini saya tambah sendiri ye...xde dalam resipi Hana. Lapisan bawah sekali saya letak kek sponge....sebab sekarang ni tahap kemalasan adalah pada tahap gaban..saya pakai kek chiffon beli kat bakery je. Kek tu di potong kecil-kecil dan lembabkan dengan air fruit coktail sebelum curahkan lapisan custard.
- 400 ml susu segar/cair
- 30gm gula halus
- 40gm tepung custard
- 5 camca besar air
- 1 peket kristal jeli jenama NONA (perisa strawbwrry/raspberry)
- 1 tin buah2an campuran fruit cocktail/buah strawberry
- krim putar....optional
- Didihkan susu dgn air
- Perlahankan api dan masukkan bancuhan custard (custard + 5 camca air) dan kacau hingga kental
- tuangkan kedalam bekas individu dan biarkan hingga beku beberapa lama (supaya semasa melapis tak bercampur dgn jeli) . jika mahu letak kek span, letak kek dahulu dbahagian bawah,then curahkan kastad. seterusnya jeli.
- Campurkan kandungan kristal jeli dgn 2 gelas air panas (400ml) dan kacau hingga larut
- Tuangkan keatas adunan custard yg telah beku tadi
- Sejukkan dlm petisejuk dan hidang dgn krim putar dan buah strawberry/fruit cocktail
No comments:
Post a Comment