NUFFNANG

Sunday, October 31, 2010

Lempeng dan sambal tumis ikan bilis kering

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 air
4  biji telur
1  camca kecil garam

Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender dan blend sehingga semua bahan-bahan sebati.
Gris non-stick pan dengan sedikit minyak
Senduk satu adunan ke dalam kuali dan ratakan
Angkat adunan bila masak dan lipat ikut citarasa masing-masing.
Hidangkan bersama Sambal ikan bilis kering. Resipi dibawah.
Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan :-

1 genggam ikan bilis
1 genggam cili kering potong dan rendam air panas...ikut citarasa masing-masing kalau tidak mahu pedas boleh kurangkan kuantiti cili-ditumbuk kasar
1 biji kentang dipotong memanjang seperti fries
1 biji bawang besar boleh dihiris atau ditumbuk bersama-sama cili
minyak untuk menggoreng
garam

Cara-cara:-

Goreng ikan bilis sehingga garing angkat dan ketepikan.
Goreng kentang sehingga empuk angkat dan ketepikan.
Tumis bawang dan cili yang telah dikisar sehingga garing masukkan garam.
Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng.
Angkat dan hidangkan bersama lempeng.

No comments:

Post a Comment